KOLEJ RAHIM KAJAI

 "Perpaduan Asas Keharmonian"

Red Fox E-sport : PUBG Mobile

23 Mei : Red Fox E-sports Kolej Rahim Kajai, PUBG Mobile adalah program anjuran biro Sukan dan Rekreasi yang pertama kalinya diadakan bermula daripada 22 sehingga 23 Mei lalu. Program ini menawarkan hadiah keseluruhan wang tunai berjumlah RM1150.00 kepada pemenang.

Red Fox E-sport ini meraih sambutan yang sangat baik dengan jumlah penyertaan seramai 64 penyertaan daripada seluruh UKM. Menurut Ketua Pengarah, saudara Aiman, program ini adalah bertujuan bagi menggalakkan mahasiswa untuk menunjukkan bakat dan kemahiran masing-masing dalam dunia permainan digital disamping memastikan minat pelajar ini ditujukan ke arah yang betul.

Program ini disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook rasmi Kolej Rahim Kajai pada hari kedua perlawanan di peringkat akhir yang diulas oleh pengulas jemputan, Cik Am.