KOLEJ RAHIM KAJAI

 "Perpaduan Asas Keharmonian"

“Self Love : Reach The Star”

 

4 JUN : Sebuah program bual bicara secara siaran langsung atas talian telah diadakan pada 5 Jun 2021. Ia merupakan satu program anjuran Biro Sukan dan Rekreasi, Kolej Rahim Kajai yang bertemakan “Self Love : Reach The Star”. Tema ini dibawakan khas bagi membantu terutamanya para pelajar bagi meningkatkan jati diri disamping memberikan sedikit pendedahan mengenai kepentingan mempunyai pemikiran minda yang sihat dalam mencapai impian masing-masing.
Pandangan dan tips disampaikan oleh tetamu jemputan daripada ML Studio dan Rindu Raudhah iaitu Cik Fatin Nabila. Beliau menceritakan serba sedikit mengenai pengalaman beliau dalam menangani masalah kesihatan mental yang dihadapinya dan cara beliau bangkit dan mencari kekuatan sehingga menjadi dirinya yang sekarang. Pada akhir perkongsian, satu sesi soal jawab secara siaran langsung diadakan bersama penonton dan pada akhir rancangan, seramai sembilan orang penonton yang bertuah telah berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah yang berupakan voucher dan wang tunai bernilai RM50.