KOLEJ RAHIM KAJAI

 "Perpaduan Asas Keharmonian"

Kelas Mandarin D’Kajai

19 Disember : Kelas Mandarin D’Kajai anjuran Kajai Chinese Club (KACC) yang dijalankan bermula daripada 19 Disember sehingga 15 Disember telah berjaya mendapat penyertaan yang tinggi daripada mahasiswa KRK dan UKM. Bahkan ia turut mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pelajar-pelajar luar UKM meskipun hanya terbuka kepada mahasiswa UKM.

Kelas ini adalah program tahunan KACC yang dikelolakan sepenuhnya sendiri oleh jawatankuasa kelab ini. Disini pelajar akan mengikuti 6 kelas pada setiap minggu menerusi platform Microsoft Teams dan akan menduduki ujian pada akhir kelas untuk kelayakan menerima sijil lulus kelas.

“Penganjuran kelas ini adalah sangat baik dan perlu diteruskan kerana kita mahu lahirkan mahasiswa yang lebih tinggi nilai pasaran dengan bukan sahaja menguasai Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, bahkan turut menguasai beberapa Bahasa lain seperti mandarin.” Berkata Dr. Badrulzaman, Pengetua KRK ketika majlis perasmian penutupan kelas ini kepada peserta.