BERITA: Bengkel Adobe Photoshop KRK 2018

Oleh: Chin Yee Siew

SABTU BERSAMAAN 17 MAC 2018
Bengkel Adobe Photoshop yang dianjurkan oleh biro ICT Kolej Rahim Kajai bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 12 tengahhari di Bilik Seminar 1 Kolej Rahim Kajai.

Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kemahiran penggunaan Adobe Photoshop untuk merekabentuk grafik web dan multimedia di samping meneroka bakat peserta dan menghasilkan output yang memuaskan hati.

Bengkel ini telah dikendalikan oleh Encik Fakhruddin Faris Bin Nazri . Beliau telah menekankan kepada pengenalan dan asas penggunaan Adode Photoshop kepada para peserta. Melalui bengkel ini, para peserta mampu merekabentuk ilustrasi dan grafik berdasarkan kreativiti mereka.

Sekian, terima kasih.