BERITA: Kem Pemantapan Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Rahim Kajai Sesi 2018/2019

Disediakan oleh: Muhammad Faidhi bin Fadzil
SELASA (24 JULAI 2018)

 

Pada 20 Julai 2018, Kolej Rahim Kajai telah menganjurkan Kem Pemantapan Majlis Eksekutif Pelajar sesi 2018/19. Program ini dijalankan selama 3 hari 2 malam bermula dari 20 Julai 2018 sehingga 22 Julai 2018 bertempat di Felda Residence Hot Springs, Sungkai, Perak.

Program ini merangkumi 6 sesi ceramah dan latihan dalam kumpulan (LDK) berkenaan kemahiran komunikasi dalam organisasi, pengurusan projek, pengurusan pentadbiran & kewangan, semangat berpasukan, etika & keterampilan diri pemimpin dan pembangunan pemasaran korporat.

Sepanjang program ini berjalan, pelbagai input yang mendalam telah disampaikan oleh para penceramah. Menurut Pengetua Kolej Rahim Kajai, Dr.Badrulzaman Abdul Hamid, program yang dirangka khusus untuk pemimpin pelajar ini diharap supaya dapat memberi kefahaman mendalam dalam pengurusan kolej serta menyuntik semangat kerja pasukan yang tinggi dikalangan ahli Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Rahim Kajai. Semoga program pemantapan ini memberi manfaat dan semangat yang tinggi buat ahli Majlis Eksekutif Pelajar dalam menjalankan tugas sebagai pemimpin kepada warga Kolej Rahim Kajai pada sesi akan datang. -TAMAT-