BERITA: Majlis Rewang Meriah D’Kajai kali ke-4 2018

Disediakan oleh: Shirly Low Shi Li
ISNIN (1 OKTOBER 2018)

Pada 29 September 2018, Majlis Rewang Meriah D’Kajai telah dijalankan dengan lancar di mana tujuan majlis ini diadakan adalah bagi menghubungkan alumni-alumni dengan seluruh warga Kolej Rahim Kajai, di samping mengeratkan hubungan silaturahim sesama satu sama lain.

Perasmian majlis ini telah diketuai oleh Dr. Badrulzaman Bin Abdul Hamid (Pengetua Kolej Rahim Kajai) dan disempurnakan bersama Dr. Mohd Nor Shahizan Ali (Timbalan Pengetua Kolej Rahim Kajai), Encik Hasnan Abdullah (Wakil Alumni), Cik Najihah (Wakil Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia) & Hazwan Helmi Bin Shamsol (Ketua Pengarah Program)

Turut hadir, YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Seri Noor Azlan Ghazali (Naib Canselor) & Prof Madya Dr Roslee Rajikan (Timbalan Naib Canselor HEPA)

Majlis ini juga dimeriahi dengan pelbagai persembahan menarik dan ‘bongga’ oleh warga Rahim Kajai yang berbakat dari pelbagai kaum dan etnik. Terima kasih atas kesudian semua alumni, pelajar serta tetamu yang hadir untuk memeriahkan lagi majlis tersebut. -TAMAT-