BERITA: Malam Apresiasi Kebudayaan Kajai (MAKK)

Disediakan oleh: Muhammad Faidhi bin Fadzil
JUMAAT (8 JUN 2018)

Pada 8 Jun 2018, kelab kebudayaan Kolej Rahim Kajai iaitu Adyratna telah mengadakan Malam Apresiasi Kebudayaan Kajai (MAKK) pada pukul 10 malam bertempat di Cafe Kolej Rahim Kajai dengan tema pakaian “balik kampung”.

Tujuan majlis ini diadakan adalah sebagai tanda penghargaan kepada semua ahli-ahli Adyratna yang telah bertungkus lumus dalam menaikkan aktiviti kebudayaan kolej ini. Untuk pengetahuan semua, antara pencapaian terbesar kelab Adyratna sepanjang sesi ini adalah mendapat tempat Johan Keseluruhan dalam Inter-College Arts Festival 2018 (ICAF18), seterusnya mendapat tajuk “kolej kebudayaan”.

Majlis ini turut dihadiri oleh Dr. Badrulzaman bin Abdul Hamid selaku pengetua kolej serta barisan Felo yang lain bagi memeriahkan lagi majlis ini. -TAMAT-