BERITA: PROGRAM ADIK DAN INSAN KAJAI (ADIK)

Berita oleh: Sofia Izzati Skymmar

SABTU BERSAMAAN 25 NOVEMBER 2017

Biro Kebajikan dan Kesukarelawanan telah menjalankan sebuah program amal bersama kanak-kanak berumur lingkungan 4 hingga 12 tahun bertempat di Flat Desa Sentosa, Teras Jernang. Program telah bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 6 petang.

Program ini telah dirasmikan oleh Profesor Madya Dr. Roslee Rajikan, dan dihadiri oleh tetamu kehormat dari pihak Surau Al-Husna iaitu Dato’ Haji Mohamad Bin Haji Abdullah selaku Nazir bagi Masjid Kariah Kampung Sungai Merab.

Dalam ucapan perasmian, Profesor Madya Dr. Roslee Rajikan menyampaikan rasa puas hatinya terhadap perjalanan program dan menyatakan bahawa program ini merupakan langkah awal dalam menjaga kebajikan kanak-kanak di flat terbabit.

Program ini telah dilaksanakan oleh 36 orang ahli yang merupakan pelajar Tahun 1 di Kolej Rahim Kajai. – HABIS