BERITA: Ujibakat Kelab Adyratna Kolej Rahim Kajai Sesi 2018/2019

Disediakan oleh: Muhammad Faidhi bin Fadzil
KHAMIS (27 SEPTEMBER 2018)

Ujibakat pengambilan ahli baharu bagi kelab Adyratna telah dijalankan pada 25 dan 26 September 2018, bertempat di Bilik Karaoke dan Studio Pancha Sitara (Bilik Gym), Kolej Rahim Kajai.

Ujibakat ini dihadiri oleh ramai peserta yang bukan sahaja dari Kolej Rahim Kajai, malah dari kolej-kolej lain juga seperti Kolej Ibrahim Yaakub, Kolej Pendeta Zaaba, Kolej Dato Onn dan beberapa lagi kolej yang lain. Antara bakat-bakat yang diperlihatkan adalah nyanyian, monolog, tarian dan lakonan.

Tahniah diucapkan buat mereka yang terpilih untuk menjadi sebahagian daripada Kelab Adyratna. Diharapkan semua yang terpilih telah bersedia dari segi fizikal dan mental untuk memulakan latihan intensif mengikut bidang masing-masing. -TAMAT-