Pelajar UKM Hasilkan “Hand Sanitizer Organic” Untuk Kegunaan Pelajar Sekolah Rendah

Oleh Nisya Erin Natasya Suhaizan dan Dr Velan Kunjuraman

Seremban, 13 Februari 2025 – Bagi meningkatkan kesedaran kepada pelajar sekolah tentang pentingnya menjaga kebersihan tangan untuk mencegah penyebaran penyakit, sekumpulan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mencipta produk pencuci tangan mesra pengguna Hand Sanitizer Organik.

Idea pembuatan produk hand sanitizer ini tercetus apabila kumpulan pelajar dari program Antropologi dan Sosiologi itu mendapati produk hand sanitizer  di pasaran banyak menggunakan bahan kimia yang menyebabkan ketidakselesaan kepada pengguna terutamanya apabila seseorang mempunyai penyakit kulit. Penghasilan produk pembersihan tangan itu tercetus apabila melihat kes penyakit seperti H1N1, jangkitan kuman, penyakit kulit, dan sebagainya semakin berleluasa. 

Produk hand sanitizer organik itu dihasilkan daripada bahan-bahan organik seperti pokok aloe vera, lemon, Etanol dan essential oil.

Setelah produk itu siap dihasilkan, kumpulan pelajar tersebut mencuba terlebih dahulu untuk melihat kesan reaksi pada tangan. Selain itu, uji kaji juga turut dijalankan kepada mahasiswa UKM seawal sebulan sebelum program dijalankan untuk melihat ketahanan produk tersebut serta kesemuanya memberi maklum balas yang positif.

Program itu dijalankan di Sekolah Kebangsaan Seri Kelana adalah untuk membantu dan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kepentingan menjaga kebersihan di peringkat awal usia.  

Hand sanitizer yang dihsilkan itu diletakkan disekitar sekolah seperti di bilik guru, kantin, surau, pejabat dan kelas 4 Kekwa. Pelbagai program menarik juga turut diadakan antaranya adalah memberi perkongsian tentang kepentingan menjaga kebersihan, menunjukkan demo pemakaian hand sanitizer dengan betul dan selamat, aktiviti dalam kumpulan seperti melakonkan drama pendek berkaitan kebersihan, kuiz dan permainan radio rosak.

Program ini secara tidak langsung mampu membantu mahasiswa dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mapan (SDG) melalui aspek ketiga iaitu, Good Health And Well-Being.

Leave a Reply