UKM Juara THACO Cup 2026 di Vietnam

BANGI, 6 April 2026 – Pasukan bola sepak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) muncul juara dalam Kejohanan Thanh Nien International Student Football Tournament 2026 (THACO Cup) apabila menewaskan pasukan tuan rumah, Thuy Loi University, Vietnam yang merupakan juara bertahan edisi 2025, menerusi penentuan sepakan penalti.

Dalam perlawanan akhir yang mendebarkan, Afiq  Norizan telah menyumbangkan jaringan pada minit ke-25, sebelum penentuan penalti ditentukan selepas terikat 1-1.

Sepakan penalti UKM berjaya disempurnakan oleh Aiyubi Nasarudin, Alif Irfan  Norsafidahlan, Haris Zafri Hashim, Akmal Afnan Shahridzan, Amirul Fazly Mohd Zamri, Amir Hazman Hanapiah dan Harith Hizamin M. Dasuki.

Penjaga gol UKM, Adam Haris Herman, muncul wira pasukan apabila berjaya menyelamatkan sepakan penalti terakhir pihak lawan sekali gus memastikan kemenangan buat UKM dengan 7-6.

Dalam kejohanan yang berlangsung di Stadium Universiti Nha Trang, Vietnam, Adam Haris Herman diumumkan sebagai Player of the Match dan Best Goalkeeper, manakala Izrin Ibrahim muncul sebagai Top Scorer kejohanan, manakala Amirul Fazly Mohd Zamri dinobatkan sebagai Most Valuable Player.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Ts Dr Norinsan Kamil Othman yang turut berada di venue kejohanan berkata kejayaan itu mencerminkan semangat juang tinggi, disiplin dan komitmen luar biasa seluruh pasukan dalam mengharumkan nama UKM dan Malaysia di pentas antarabangsa.

“Tahniah kepada psukan bola sepak UKM yang telah berjuang dengan bersunguh-sungguh dalam menaikkan nama universiti dan negara. 

“Terima kasih juga kepada semua yang menjadi sebahagian daripada kejayaan ini,” katanya.

Leave a Reply