Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Proses

 FKAB UKM

Sarjana Kejuruteraan Kimia (MEng -Kerja Kursus)

.

PENGENALAN

Pelaburan dalam bidang gas dan minyak, petrokimia, oleokimia dan industri kimia di Malaysia dijangka akan berkembang kepada RM20 bilion dalam masa 5 tahun akan datang. Masalah utama dalam industri Malaysia ialah kebergantungan kepada teknoloji yang diimpot disebabkan oleh kurangnya penyelidikan dan pembangunan dalam teknoloji kimia dan industri. Untuk memenuhi keperluan dalam bidang gas dan minyak, petrokimia, oleokimia dan industri kimia ini, lebih ramai jurutera kimia dan biokimia yang mempunyai pengetahuan lanjutan dan kemahiran diperlukan. Mereka bukan sahaja hanya boleh mengimpot dan menginovasi teknologi kimia terkini, tetapi mampu untuk membangunkan teknologi mereka sendiri. Ini selari dengan Polisi Sains dan Teknologi Kebangsaan yang mengkehendaki pembangunan teknologi terkini melalui pembangunan modal insan dan teknologi terkini sendiri. Program ini mengandungi kursus teras iaitu rekabentuk dan pengoptimuman proses, rekabentuk proses mengunakan teknik pengkomputeran terkini, keselamatan, dan pengurusan projek. Pengetahuan teknologi terkini dan penfokusan kepada bidang terbaharu juga ditawarkan melalui tiga pilihan kursus/modular iaitu kejuruteraan biokimia, kelestariaan teknologi proses dan kejuruteraan tenaga.

Kemahiran penyelidikan pula ditawarkan melalui dua kursus penyelidikan. Pada akhir program, pelajar bukan sahaja telah mempelajari, tetapi boleh mengaplikasi dan membangunkan teknologi terkini dalam bidang kejuruteraan kimia dan biokimia dalam industri yang disebutkan di atas.

OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM (OPP)

Objektif Pendidikan Program adalah Pernyataan umum yang memerihalkan pencapaian kerjaya dan professional graduan dalam tempoh 5 tahun selepas tamat pengajian. Objektif Pendidikan Program yang dipersetujui untuk diselaraskan adalah seperti berikut:

OPP1: Graduan yang mempunyai nilai-nilai murni dan beretika serta berupaya melaksanakan tanggungjawab sosial di organisasi masing-masing.

OPP2: Graduan yang berpengetahuan khusus dan kompeten dalam bidang kejuruteraan kimia

OPP3: Graduan yang boleh memimpin dan berdaya saing serta inovatif dalam industri kejuruteraan kimia

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (HPP)

Hasil Pembelajaran Program adalah kebolehan (kognitif, psikomotor dan afektif) yang graduan patut tunjukkan apabila tamat pengajian. Mesyuarat siswazah fakulti telah bersetuju untuk menetapkan bilangan HPP sebanyak 8 selaras dengan domain oleh MQA serta hasrat universiti. Hasil Pembelajaran Program yang dipersetujui untuk diselaraskan adalah seperti berikut:

HPP1: Pengetahuan – Berkebolehan untuk menunjukkan penguasaan pengetahuan dalam kejuruteraan kejuruteraan kimia

HPP2Kemahiran Praktikal – Berkebolehan untuk mengaplikasi kemahiran praktikal dan berdaya saing dalam bidang pengkhususan kejuruteraan kimia.

HPP3Kemahiran dan Tanggungjawab Sosial – Berkebolehan untuk menghubungkait idea-idea dan isu-isu kemasyarakatan dan persekitaran dalam kejuruteraan kimia

HPP4: Nilai, Sikap dan Profesionalisme – Berkebolehan untuk menjalankan projek penyelidikan dengan seliaan yang minima, berpegang teguh pada kod amalan yang sah, beretika dan profesional.

HPP5: Kemahiran Komunikasi, Kepimpinan dan Kerja Berpasukan – Berkebolehan menunjukkan kualiti kepimpinan melalui komunikasi dan kerja berpasukan yang berkesan di kalangan rakan sekerja dan pihak berkepentingan.

HPP6Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Kemahiran Saintifik – Berkebolehan untuk menghasilkan penyelesaian kepada permasalahan menggunakan kemahiran saintifik dan pemikiran kritikal.

HPP7: Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat – Berkebolehan untuk menguruskan maklumat untuk pembelajaran sepanjang hayat.

HPP8Kemahiran Mengurus dan Keusahawanan – Berkebolehan untuk mengaplikasikan ilmu kejuruteraan, prinsip pengurusan dan keusahawanan.

Maklumat Program

Untuk maklumat terperinci mengenai program ini boleh didapati dengan menghubungi :

Ir. Dr. Nor Yuliana Yuhana,
Penyelaras,
Program Siswazah Kejuruteraan (Kimia),
Jabatan Kejuruteraan Kimia & Proses,
Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM Bangi, Selangor,
MALAYSIA

Tel : 603-8921 6977
Fax : 603-8911 8345
Email : yuliana@ukm.edu.my

Perhatian kepada semua pelajar: Sila kemukakan Borang Penghantaran Tesis dan sebarang dokumen lain yang memerlukan tandatangan dan kelulusan Ketua Program Siswazah di kpsjkkp@ukm.edu.my.