Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

 

Sarjana Kejuruteraan (Mikroelektronik)

Secara Kerja Kursus

Sepenuh Masa : 1½ -2 years

Separuh Masa : 2-4 years

Pengambilan : September

Pengenalan Program

Program Sarjana Kejuruteraan Mikroelektronik adalah program khusus dalam bidang mikroelektronik di peringkat pengajian sarjana. Program ini merangkumi pelbagai kursus terkini yang berkaitan dengan bidang mikroelektronik dan nanoelektronik. Kursus-kursus yang ditawarkan adalah berketepatan dengan perkembangan ilmu semasa dan memenuhi kehendak industri. Kursus-kursus ini sentiasa ditambahbaik agar ianya kekal relevan dengan perkembangan sains dan teknologi. Silibus yang dibangunkan telah mengambil kira pandangan dan cadangan dari pelbagai pihak yang berkepentingan termasuk industri yang berkaitan. Diakhir program ini, graduan yang dihasilkan akan mampu melaksanakan tanggungjawab seabgai jurutera terlatih yang mempunyai pengetahuan mendalam dalam bidang mikroelektronik.

Mengapa memilih kursus ini?

  • Memenuhi keperluan MQA
  • Selaras dengan perkembangan ilmu semasa dan memenuhi kehendak industri dan pihak berkepentingan
  • Memberi pilihan kepada pelajar untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam teras mikroelektronik yang di tawarkan secara modul elektif

Modul Program

Wajib

  • Kaedah Penyelidikan dan Inovasi
  • Rekabentuk Litar Bersepadu Termaju
  • Semikonduktor Fizik Termaju
  • Fabrikasi & Pakej Litar Bersepadu
  • Peranti Nanoelektronik
  • Matematik Berkomputasi dan Statistik
  • Projek Penyelidikan

Elektif

  • Kursus Elektif
  • Elektif Keusahawanan


Wajib untuk Calon Antarabangsa

  • Bahasa Melayu Bahasa Asing

Syarat Kemasukan

  • Syarat Kemasukan
Syarat Kemasukan
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dengan Kepujian (PNGK 2.75 keatas) dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau yang setara dari mana-mana universiti yang diiktiraf


OR;


  • PNGK 2.50 – 2.74 dengan sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman dalam bidang kejuruteraan setelah memperolehi ijazah untuk pemohon warganegara


  • PNGK 2.0 – 2.49 dengan sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman dalam bidang kejuruteraan setelah memperolehi ijazah untuk pemohon warganegara


OR;

  • Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (PNGK minima 3.50) dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau yang setara dari mana-mana universiti yang diiktiraf

OR;

  • Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (PNGK kurang 3.49) dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau yang setara dari mana-mana universiti yang diiktiraf dan mempunyai 3 tahun pengalaman kerja dalam bidang kejuruteraan atau setara setelah memperolehi ijazah berkenaan untuk pemohon warganagera

OR;


  • berumur sekurang-kurangnya 30 tahun pada tarikh permohonan ;


  • lulus Diploma dalam bidang berkaitan atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan Senat Universiti ;


  • kelayakan lain yang setara ; DAN


  • memiliki Sijil Perakuan APEL MQA dengan Tahap 7 MQF


  • English Language Requirements
English Language Requirements

Bagi calon antarabangsa, keperluan Bahasa Inggeris mestilah memenuhi syarat skor atau band minimum yang ditetapkan iaitu 550 (TOEFL) atau 5.5 (IELTS)

Yuran

Ketahui lebih lanjut mengenai yuran di sini.

Any enquiry please contact

EN. MOHD AKMAL HARITH BIN MOHAMMAD HANAFIAH

Eksekutif Pemasaran / Marketing Executive

marketingpkp@ukm.edu.my


Dr. NOORFAZILA BINTI KAMAL (Microelectronics)

Penyelaras Program / Programme Coordinator

fazila@ukm.edu.my