Kolej Kediaman Dato' Onn

Fakta Pantas

Kolej Dato’ Onn (KDO) merupakan Kolej Pertama yang ditubuhkan di UKM Bangi selari dengan  pemindahan Kampus UKM ke Bangi. Kolej Pertama telah ditukarkan namanya  kepada Kompleks Siswa A pada 25 November 1977.

Kemasyhuran dan ketokohan Dato’ Onn telah menyebabkan namanya diabadikan dalam lipatan sejarah untuk terus dikenang. Justeru itu tanggal 30 Januari 1986 bersamaan 20 Jamadil Awwal 1406 Hijrah kedudukan kolej ini diperkukuhkan dengan perasmian oleh YAB Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ke-3. 

Kemudahan Pelajar Kurang Upaya (OKU)

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) komited untuk memenuhi hak dan menjaga keperluan pelajar, kakitangan dan pelawat Orang Kurang Upaya (OKU) dalam mendapatkan akses penuh kepada sistem pembelajaran, persekitaran kerja dan kehidupan kampus yang inklusif serta bebas daripada halangan dan diskriminasi.

Kehidupan Di Kolej

Sila rujuk Buku Arahan-Arahan Kolej Kediaman.

Buku Arahan-Arahan Kolej Kediaman adalah peraturan umum kepada semua kolej kediaman di UKM. Sila rujuk kolej kediaman masing-masing bagi peraturan yang lebih terperinci.

 

 

Kemudahan

  1. Wifi
  2. Bilik Perbincangan
  3. Perpustakaan Mini
  4. Dobi Layan Diri
  5. Kafeteria
  6. Surau
  7. Kemudahan Sukan
  8. Bilik  Mesyuarat
  9. Bilik Seminar
  10. Bilik Bankuasi
  11. Bilik Sumber
  12. Bilik Muzik/Audio
  13. Pusat Cyber
  14. Gelanggang Badminton & Sepak Takraw
  15. Gelanggang Bola keranjang / Futsal

Mendaftar Masuk

  1. Notis makluman berkaitan permohonan dan pengesahan dikeluarkan Pusat Perumahan Pelajar.
  2. Pelajar perlu membuat permohonan dan pengesahan dalam masa yang ditetapkan Universiti.
  3. Pelajar akan didaftarkan dalam Sistem Maklumat Pelajar (SMP) pada hari pelajar mendaftar.
  4. Dapatkan keperluan yang disediakan seperti :-
    • Kunci bilik;
    • Borang inventori kemudahan asas bilik;
    • Keperluan lain yang ditentukan oleh pihak kolej kediaman.
  5. Buat pemeriksaan, isi borang dan serahkan borang di kaunter kolej kediaman.

Rumah Tamu

Kolej Dato’ Onn menawarkan 3 jenis Rumah Tamu yang sedia untuk disewa oleh pelawat.

Jenis Rumah Tamu:

Bilik Biasa – RM125.00/semalam
Bertiga – RM120.00/semalam
Keluarga – RM125.00/semalam

Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti penghawa dingin, cerek elektrik, peti sejuk mini, televisyen, seterika, pemanas air, WiFi dan sejadah.

Asrama

Pangsasiswa

Pangsarama

Rumah Tamu

Kadar bilik

Pelajar TempatanPelajar Antarabangsa
Prasiswazah
Asrama – RM3.50/hari
Pangsasiswa – RM5.00/hari
Pangsarama – RM5.00/hari
Prasiswazah
Asrama – RM7.00/hari
Pangsasiswa – RM8.50/hari
Pangsarama – RM7.50/hari
Pascasiswazah
Asrama – RM6.00/hari
Pangsasiswa – RM7.50/hari
Pangsarama – RM7.50/hari
Pascasiswazah
Pangsasiswa – RM12.00/hari
Pangsarama – RM11.00/hari

Cara memohon

  1. Syarat Mendapatkan Penginapan:
    • Rujuk Buku Arahan-Arahan Kolej Kediaman
  2. Cara Menempah Bilik Penginapan
    • Permohonan bilik penginapan perlulah melalui laman web:
    • appsmu.ukm.my/ekolej : untuk permohonan pelajar samada prasiswazah atau pascasiswazah berdaftar
    • appsmu.ukm.my/kolej : untuk rayuan pelajar yang tidak berjaya mendapat penginapan, samada pelajar prasiswazah atau pascasiswazah berdaftar

Garis Panduan Kolej Kediaman

Waktu Operasi
Isnin – Khamis 
8:00 pagi – 1.00 petang
2:00 petang – 5.00 petang

Jumaat
8:00 pagi – 12:15 petang
1:45 petang – 5:00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum – TUTUP

 

Kolej Kediaman Dato’ Onn 
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor

Tel: +603 89215921/ 5103
Faks: +603 89215117
E-mel: pgtkdo@ukm.edu.my 

Scroll to Top