Search
Close this search box.

Pelajar Kurang Upaya

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) komited untuk memenuhi hak dan menjaga keperluan pelajar, kakitangan dan pelawat Orang Kurang Upaya OKU) dalam mendapatkan akses penh kepada sistem pembelajaran, persekitaran kerja dan kehidupan kampus yang inklusif serta bebas daripada halangan dan diskriminasi.

Polisi Kami

Bagi menjayakan polisi ini, UKM akan memastikan pelaksanaan mengikut perkara berikut:

  1. Mengurus tadbir pelajar, kakitangan dan pelawat OKU pada semua peringkat pentadbiran universiti
  2. Menyediakan akses kepada bangunan, prasarana dan perkhidmatan yang mudah dicapai oleh pelajar, kakitangan dan pelawat OKU
  3. Membangunkan perkhidmatan sokongan yang menyediakan persekitaran pembelajaran, kerja dan kampus yang inklusif
  4. Mengenal pasti dan menghapuskan diskriminasi terhadap OKU serta melindungi mereka daripada sebarang gangguan dan ancaman

Pembelajaran dan Peperiksaan

Menyelaras serta memantau proses PdP dan peperiksaan yang dijalankan kepada pelajar OKU.

Menjadi juru-runding antara pelajar dan tenaga pengaja untuk memastikan suasana PdP yang inklusif.

Pengangkutan

Penyelarasan pengangkutan dalam dan sekitar kampus bagi tujuan:

  1. Fakulti / Institut
  2. Stesen Bas / Stesen Komuter KTM
  3. Program rasmi universiti

Alat

Menyelaras dan membantu permohonan kepada alat bantuan belajar mengikut jenis ketidakupayaan yang sesuai

  1. Alat pendengaran
  2. Alat penglihatan
  3. Komputer riba / tablet
  4. Alat bantu jalan

BKOKU

Membantu permohonan pelajar OKU melakukan proses permohonan dan penghantaran mengikut semester yang ditetapkan.

Pemberdayaan

Merancang dan membantu aktiviti – aktiviti yang akan meningkatkan pembangunan diri, kebolehpasaran, pembangunan kerjaya pelajar dan kakitangan OKU.

Kemudahan dan Fasiliti

Menyelaras akses fasiliti dan kemudahan mengikut individu seperti:

  1. Laluan khas pelajar
  2. Tandas
  3. Bilik Kediaman
  4. Pejabat
  5. Keperluan harian

Sokongan Emosi dan Psikologi

Menyokong warga OKU daripada segi emosi dan psikologi atau menyalurkan kepada pusat yang sesuai.

Aduan dan Maklumbalas

Menerima dan memproses aduan daripada warga OKU berkenaan pelbagai perkara yang melibatkan UKM.

Menjadi tempat rujukan kepada warga OKU kepada perkara berkaitan dengan UKM.

Waktu Operasi
Isnin  – Khamis
8.00 pagi – 1.00 petang
2.00 petang – 5.00 petang

Jumaat 
8.00 pagi – 12.15 petang
2.45 petang – 5.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum – TUTUP

Unit Perkhidmatan dan Sokongan Orang Kurang Upaya,
Jabatan Pendaftar, Aras 5
Bangunan Canselori UKM
43600 UKM Bangi
Selangor

Tel: +603 89215121/ 4694
Tel. Bimbit: +6011 32532820
E-mel : upsoku@ukm.edu.my