Kolej Kediaman Aminuddin Baki

Fakta Pantas

Pada peringkat awalnya, Kolej Aminuddin Baki dikenali sebagai Kolej Kediaman Kedua UKM dan telah dibuka untuk penginapan sekitar 1971. Kolej ini merupakan kolej kediaman tertua di UKM selepas Kolej Dato’ Onn.

Kini, setelah mencapai usia 44 tahun, Kolej Aminuddin Baki terus melangkah dengan penuh jayanya, standing dengan kolej-kolej kediaman lain di UKM.

Kemudahan Pelajar Kurang Upaya (OKU)

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) komited untuk memenuhi hak dan menjaga keperluan pelajar, kakitangan dan pelawat Orang Kurang Upaya (OKU) dalam mendapatkan akses penuh kepada sistem pembelajaran, persekitaran kerja dan kehidupan kampus yang inklusif serta bebas daripada halangan dan diskriminasi.

Kehidupan Di Kolej

Sila rujuk Buku Arahan-Arahan Kolej Kediaman.

Buku Arahan-Arahan Kolej Kediaman adalah peraturan umum kepada semua kolej kediaman di UKM. Sila rujuk kolej kediaman masing-masing bagi peraturan yang lebih terperinci.

 

 

Kemudahan

  1. Wifi
  2. Bilik Perbincangan
  3. Perpustakaan Mini
  4. Dobi Layan Diri
  5. Kafeteria
  6. Surau
  7. Kemudahan Sukan
  8. Bilik  Mesyuarat
  9. Bilik Seminar
  10. Bilik Rawatan BSMM
  11. Bilik Sumber
  12. Bilik Gerakan Aktiviti Pelajar
  13. Studio Kebudayaan
  14. Taman Inovasi
  15. Ruang Foyer
  16. Kedai Runcit dan Kedai Fotostat (Bmart)
  17. Mesin Air & Makanan
  18. Gelanggang Badminton & Sepak Takraw

Mendaftar Masuk

  1. Notis makluman berkaitan permohonan dan pengesahan dikeluarkan Pusat Perumahan Pelajar.
  2. Pelajar perlu membuat permohonan dan pengesahan dalam masa yang ditetapkan Universiti.
  3. Pelajar akan didaftarkan dalam Sistem Maklumat Pelajar (SMP) pada hari pelajar mendaftar.
  4. Dapatkan keperluan yang disediakan seperti :-
    • Kunci bilik;
    • Borang inventori kemudahan asas bilik;
    • Keperluan lain yang ditentukan oleh pihak kolej kediaman.
  5. Buat pemeriksaan, isi borang dan serahkan borang di kaunter kolej kediaman.

Rumah Tamu

Kolej Aminuddin Baki menawarkan 2 jenis Rumah Tamu yang sedia untuk disewa oleh pelawat.

Jenis Rumah Tamu:
Rumah 1 bilik – RM50/semalam
Rumah 2 bilik – RM80/semalam

Kemudahan yang disediakan di setiap rumah tamu:

Rumah 1 bilik: 1 katil queen, almari pakaian, pantry, iron, peti sejuk mini, kettle, sofa dan  televisyen

Rumah 2 bilik: 1 Katil queen, 2 katil single, almari pakaian, pantry, iron, peti sejuk mini, kettle, sofa dan televisyen

Asrama

Pangsasiswa

Pangsarama

Rumah Tamu

Kadar bilik

Pelajar TempatanPelajar Antarabangsa
Prasiswazah
Asrama – RM3.50/hari
Pangsasiswa – RM5.00/hari
Pangsarama – RM5.00/hari
Prasiswazah
Asrama – RM7.00/hari
Pangsasiswa – RM8.50/hari
Pangsarama – RM7.50/hari
Pascasiswazah
Asrama – RM6.00/hari
Pangsasiswa – RM7.50/hari
Pangsarama – RM7.50/hari
Pascasiswazah
Pangsasiswa – RM12.00/hari
Pangsarama – RM11.00/hari

Cara memohon

  1. Syarat Mendapatkan Penginapan:
    • Rujuk Buku Arahan-Arahan Kolej Kediaman
  2. Cara Menempah Bilik Penginapan
    • Permohonan bilik penginapan perlulah melalui laman web:
    • appsmu.ukm.my/ekolej : untuk permohonan pelajar samada prasiswazah atau pascasiswazah berdaftar
    • appsmu.ukm.my/kolej : untuk rayuan pelajar yang tidak berjaya mendapat penginapan, samada pelajar prasiswazah atau pascasiswazah berdaftar

Garis Panduan Kolej Kediaman

Like & Follow Sosial Media Kolej Kediaman

Waktu Operasi
Isnin – Khamis 
8:00 pagi – 1.00 petang
2:00 petang – 5.00 petang

Jumaat
8:00 pagi – 12:15 petang
1:45 petang – 5:00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum – TUTUP

 

Kolej Kediaman Aminuddin Baki 
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor

Tel: +603 89215104

Scroll to Top