Kolej Kediaman Burhanuddin Helmi
Fakta Pantas
Kolej Burhanuddin Helmi telah mula dibina pada 27hb Disember 1976 dan siap pembinaannya pada tahun 1979.
Kolej ini telah mengabadikan nama seorang tokoh iaitu Dr.Burhanuddin Al-Helmi. Seorang Profesor, Pejuang Kemerdekaan Malaysia dan juga merupakan cendekiawan negara yang terkenal. Kolej Burhanuddin Helmi mampu menampung sejumlah lebih kurang 800 orang dalam sesuatu masa.
Kemudahan Pelajar Kurang Upaya (OKU)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) komited untuk memenuhi hak dan menjaga keperluan pelajar, kakitangan dan pelawat Orang Kurang Upaya (OKU) dalam mendapatkan akses penuh kepada sistem pembelajaran, persekitaran kerja dan kehidupan kampus yang inklusif serta bebas daripada halangan dan diskriminasi.
Kehidupan Di Kolej
Sila rujuk Buku Arahan-Arahan Kolej Kediaman.
Buku Arahan-Arahan Kolej Kediaman adalah peraturan umum kepada semua kolej kediaman di UKM. Sila rujuk kolej kediaman masing-masing bagi peraturan yang lebih terperinci.
Kemudahan
- Wifi
- Bilik Perbincangan
- Perpustakaan Mini
- Dobi Layan Diri
- Kafeteria
- Surau
- Kemudahan Sukan
- Bilik Mesyuarat
- Bilik Seminar
- Dataran D’arena
- Wakaf
- Bilik Rawatan
- Tangki Air
- Ruangan Santai
Mendaftar Masuk
- Notis makluman berkaitan permohonan dan pengesahan dikeluarkan Pusat Perumahan Pelajar.
- Pelajar perlu membuat permohonan dan pengesahan dalam masa yang ditetapkan Universiti.
- Pelajar akan didaftarkan dalam Sistem Maklumat Pelajar (SMP) pada hari pelajar mendaftar.
- Dapatkan keperluan yang disediakan seperti :-
- Kunci bilik;
- Borang inventori kemudahan asas bilik;
- Keperluan lain yang ditentukan oleh pihak kolej kediaman.
- Buat pemeriksaan, isi borang dan serahkan borang di kaunter kolej kediaman.
Rumah Tamu
Kolej Burhanuddin Helmi menawarkan 1 jenis Rumah Tamu yang sedia untuk disewa oleh pelawat.
Jenis Rumah Tamu:
- RM40/semalam
- RM80/semalam
Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti penghawa dingin, alatan memasak dan alatan untuk makan disediakan. Selain itu, tuala mandi juga disediakan.
Asrama
Pangsasiswa
Pangsarama
Rumah Tamu
Kadar bilik
| Pelajar Tempatan | Pelajar Antarabangsa |
| Prasiswazah Asrama – RM3.50/hari Pangsasiswa – RM5.00/hari Pangsarama – RM5.00/hari | Prasiswazah Asrama – RM7.00/hari Pangsasiswa – RM8.50/hari Pangsarama – RM7.50/hari |
| Pascasiswazah Asrama – RM6.00/hari Pangsasiswa – RM7.50/hari Pangsarama – RM7.50/hari | Pascasiswazah Pangsasiswa – RM12.00/hari Pangsarama – RM11.00/hari |
Cara memohon
- Syarat Mendapatkan Penginapan:
- Rujuk Buku Arahan-Arahan Kolej Kediaman
- Cara Menempah Bilik Penginapan
- Permohonan bilik penginapan perlulah melalui laman web:
- appsmu.ukm.my/ekolej : untuk permohonan pelajar samada prasiswazah atau pascasiswazah berdaftar
- appsmu.ukm.my/kolej : untuk rayuan pelajar yang tidak berjaya mendapat penginapan, samada pelajar prasiswazah atau pascasiswazah berdaftar
Garis Panduan Kolej Kediaman
Like & Follow Sosial Media Kolej Kediaman
Waktu Operasi
Isnin – Khamis
8:00 pagi – 1.00 petang
2:00 petang – 5.00 petang
Jumaat
8:00 pagi – 12:15 petang
1:45 petang – 5:00 petang
Sabtu, Ahad & Cuti Umum – TUTUP
Kolej Kediaman Burhanuddin Helmi
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor
Tel: +603 8921 5105
E-mel: highlanders.ict@gmail.com