1,099,033 Buku Bercetak

Jurnal Berjilid (naskah)
0
Bahan Media
0
e-Buku (judul)
0
e-Tesis (judul)
0
e-Jurnal (judul)
0
Pangkalan Data Dalam Talian
0

Perpustakaan menyediakan ruang bacaan di semua aras yang boleh memuatkan 1,633 orang pelanggan dalam satu masa.

Ruang yang disediakan kepada yang memerlukan ruang senyap untuk membolehkan pelanggan memberi tumpuan kepada pembelajaran dan terletak di Aras 3 dan Aras 5.

Terdapat tiga (3) buah bilik Seminar dengan kapasiti setiap bilik boleh menempatkan 20 orang, 30 orang dan 50 orang.  Manakala sebuah Bilik Serbaguna di Unit Multimedia boleh menempatkan antara 20 hingga 150 orang.  Ianya disediakan untuk pelanggan perpustakaan dan sesuai untuk tayangan video dan sebagainya.  Mereka yang ingin menggunakannya, boleh membuat tempahan di Kaunter Unit Multimedia, Aras 2.

Kemudahan ini boleh digunakan untuk tujuan latihan dan acara rasmi yang bersesuaian. Bilik Latihan ini terletak di Aras 2, Unit Multimedia dan boleh menempatkan seramai 40 orang dalam satu masa.

Bilik Karel disediakan di Aras 3.  Terdapat dua (2) cara penggunaan bilik karel.  Pertama, bilik karel yang digunakan secara harian.  Penggunaannya secara percuma dan urusan pendaftaran dilakukan di Kaunter Perkhidmatan Jurnal, Aras 3.  Kedua, bilik karel yang boleh disewa selama sebulan.  Kos sewaan ialah RM10.00 dan cagaran RM5.00.  Urusan penyewaan dibuat di Kaunter Perkhidmatan Jurnal, Aras 3.

Terdapat lapan belas (18) buah bilik diskusi yang disediakan iaitu tiga (3) buah di Aras 4, sepuluh (10) buah di Aras 3 dan lima (5) buah di Aras 2.  Penggunaan Bilik Diskusi adalah percuma.  Pendaftaran boleh dilakukan secara dalam talian melalui sistem tempahan bilik diskusi perpustakaan UKM (drbs.ukm.my). Pelanggan boleh mengambil kunci bilik diskusi di kaunter perkhidmatan mengikut lokasi bilik tersebut.

Perkhidmatan ini disediakan di Unit Multimedia, Aras 2.  Pelanggan boleh membuat salinan bercetak atau mengimbas maklumat dari bahan mikrofilem dan mikrofis.  Maklumat yang diimbas boleh dicetak terus atau dimuat turun ke “pendrive” pelanggan.  Muat turun adalah percuma dan bayaran 0.50 sen dikenakan untuk salinan bercetak.  Tesis dan latihan ilmiah tidak boleh disalin cetak atau dimuat turun.

Pelanggan boleh menggunakan perkhidmatan di siber@ptsl untuk mengakses bahan daripada internet termasuk pangkalan data dalam talian dan e-mel.  siber@ptsl juga ada menyediakan komputer untuk penaipan dan mencetak kertas projek, tesis dan sebagainya.  Pelanggan juga boleh membaca CD-ROM multimedia dan sebagainya yang diperoleh oleh perpustakaan.

Ruang Baca 24 Jam ini terletak di Dataran Tun Seri Lanang.  Dataran ini menyediakan ruang membaca terbuka yang luas.  Dataran ini juga sesuai untuk tujuan perbincangan kerana ruang membaca di dalam perpustakaan tidak membenarkan pelanggan mengadakan perbincangan kecuali di bilik perbincangan.  Peti minuman disediakan di penjuru dataran.  Pengguna juga boleh mengakses internet melalui Wi-Fi di ruang ini.

Ruang ini terletak di Aras 4 bersebelahan Koleksi Rujukan dan boleh juga diakses melalui Jalan Lingkungan Ilmu. Ruang ini dilengkapi dengan kemudahan WiFi dan mempunyai ruang membaca yang selesa. Perkhidmatan percetakan Kwik Print juga disediakan di ruang ini.

Anjung Ilmu PTSL boleh digunakan oleh semua pelanggan perpustakaan.  Kemudahan yang terdapat di sini ialah dua (2) buah bilik perbincangan yang memuatkan lapan (8) orang setiap bilik dan dua belas (12) meja karel yang dilengkapi dengan kemudahan punca kuasa dan WiFi untuk kegunaan pelanggan.

Anjung Pro-Canselor Tun Ahmad Sarji yang terletak di Aras 4 menempatkan Koleksi Tun Ahmad Sarji yang boleh digunakan oleh semua pelanggan perpustakaan. Menyediakan ruang rujukan yang luas dan selesa, ruangan ini juga sesuai untuk pelanggan yang ingin mengadakan perbincangan.

Perpustakaan menyediakan tiga (3) kaedah sewaan lokar:

  1. Lokar Layan Diri boleh diguna secara percuma.
  2. Lokar Bulanan berkunci dengan kadar sewa RM5.00 sebulan dan deposit RM15.00.
  3. Lokar Harian boleh diguna secara percuma dan pendaftaran perlu dilakukan di Kaunter Pemeriksaan Masuk/ Keluar Aras 4.

Sekiranya kunci lokar hilang bagi:

  1. Lokar bulanan, deposit tidak akan dipulangkan.
  2. Lokar harian, pelanggan perlu membayar RM50.00 untuk menggantikan kunci yang hilang.

Perpustakaan menyediakan sebuah mesin pinjaman dan pemulangan layan diri untuk memudahkan pelanggan perpustakaan meminjam dan memulangkan bahan secara layan diri tanpa perlu ke Kaunter Pinjaman dan Pemulangan. Mesin layan diri ini ditempatkan di Aras 4.

Makmal latihan yang boleh memuatkan 35 orang peserta ini terdapat di Aras 4, Unit Pendidikan Pelanggan. Terdapat juga makmal latihan di siber@ptsl yang boleh memuatkan 40 orang peserta. Kursus Kemahiran Maklumat anjuran PTSL diadakan di makmal ini mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Kemudahan ini boleh digunakan untuk tayangan dan acara rasmi yang bersesuaian.  Bilik ini boleh menempatkan kira-kira 150 orang.  Ia terletak di Aras 4, Unit Pendidikan Pelanggan.

Ia memberi kemudahan asas kepada pelajar OKU (Cacat Penglihatan) bertempat di Aras 4 berhampiran dengan Meja Penasihat Pembaca.  Perpustakaan menyediakan sebuah komputer yang dilengkapi dengan perisian JAWS.

Liputan Wi-Fi disediakan di semua aras di perpustakaan.

Sebuah kafe disediakan di Dataran Tun Seri Lanang.  Kafe ini menyediakan makanan dan minuman untuk pelanggan yang memerlukannya.  Pelanggan boleh makan dan minum di dalam kafe tersebut atau di Dataran Tun Seri Lanang dan tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman manis ke dalam perpustakaan.

Perpustakaan juga menyediakan mesin layan diri di Ruang 24 Jam untuk memudahkan pelanggan makan dan minum.

Surau Tun Seri Lanang terletak di Aras 2 (luar bangunan perpustakaan). Terdapat surau di dalam premis perpustakaan di Aras 3 berdekatan dengan Mahkamah Moot.

Perpustakaan Lain di Kampus UKM

Waktu Operasi
Isnin  – Khamis
8.00 pagi – 4.30 petang

Jumaat 
8.00 pagi – 12.15 petang
2.45pm – 4.30pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum – TUTUP

Waktu Operasi Perpustakaan Utama dan Cawangan Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Isnin  – Ahad
TUTUP

Sabtu Minggu Petama dan Cuti Umum
TUTUP

Perpustakaan Tun Seri Lanang
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor

Tel: +603 89213446
Faks: +603 89256067
Whatsapp/Telegram: +60192045652
(8.00 pagi – 5.00 petang Isnin hingga Jumaat sahaja)
E-mel: helpdeskptsl@ukm.edu.my 

Scroll to Top