Program-program ini dijalankan secara penulisan tesis/disertasi sahaja. Sepanjang tempoh pengajian, calon akan dibimbing oleh tenaga pengajar Fakulti, iaitu sama ada selaku Penyelia, Penyelia Bersama atau ahli Jawatankuasa Penyeliaan Siswazah. Bidang-bidang pengkhususan penyelidikan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
Mod Pengajian: Penyelidikan
Bentuk Pendaftaran: Sepenuh & Separuh Masa
RINGKASAN PROGRAM
Kerjaya dalam bidang Undang-undang adalah mencabar, namun ianya memberi manfaat dari segi kewangan dan kepuasan tersendiri. Undang-undang adalah berkenaan dengan hak, keadilan dan kefahaman serta berkaitan dengan pelakuan manusia dan masyarakat.
Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah merangka satu program siswazah iaitu program Ijazah Doktor Falsafah dalam undang-Undang yang diiktiraf bagi meningkatkat tahap pemikiran, kemahiran, dan pengetahuan.
Kelebihan program siswazah ini ialah ianya dapat digunakan didalam kerjaya dengan meningkatkan ilmu, kemahiran dan pengetahuan. Dengan kemahiran sistem pengajaran kami, dengan memberi focus kepada penyelesaian masalah, anda akan dapat meningkatkan tahap asas pengetahuan untuk digunakan dalam peningkatan kerjaya.
KEHIDUPAN DI FAKULTI
UKM merupakan antara universiti awam tertua di Malaysia dan telah diberikan status Universiti Penyelidikan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2007.
Dalam memastikan mendapat pengiktirafan antarabangsa, Fakulti Undang-undang telah berkolaborasi bersama rakan Universiti antarabangsa yang lain dari Asia dan juga Eropah dalam menawarkan Program Pertukaran Pelajar dan penyelidikan bersama.
Kemudahan yang ada di fakulti kami amat kondusif untuk memenuhi keperluan dalam melaksanakan pembelajaran serta penyelidikan dengan selesa.
Calon yang ingin memohon kemasukan ke program Kedoktoran harus mempunyai kelayakan berikut:
1. Ijazah Sarjana dari Universiti atau institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat; atau
2. Kelayakan lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjana atau mempunyai kelayakan lain dengan pengalaman yang diiktiraf oleh Senat; atau
3. Calon yang sedang mengikuti program Sarjana sepenuh masa di bawah perenggan 6 (1) (a) di Universiti dan disahkan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti / Pusat Pengurusan Siswazah untuk menukar statusnya menjadi program Doktor Falsafah dengan kelulusan Dekan Fakulti / Pengarah Institut; atau
4. Ijazah Sarjana Muda dengan keputusan cemerlang dari Universiti atau institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat; atau
5. Kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat yang diperoleh melalui Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) atau melalui Pengiktirafan Pembelajaran Terdahulu (RPL); dan
6. Memenuhi syarat lain yang ditetapkan oleh program (jika berkenaan).

KEPERLUAN PROFISIENSI BAHASA INGGERIS
1. Calon antarabangsa dikehendaki memenuhi syarat penguasaan Bahasa Inggeris seperti berikut:
a) Mendapat keputusan TOEFL (550), IELTS (6) atau MUET (4) yang memenuhi skor atau keperluan band minimum yang ditetapkan oleh program; atau
b) Untuk program tertentu, calon dikehendaki menduduki Ujian Kemahiran Bahasa Inggeris (EPT) dan jika dia gagal mencapai tahap yang ditentukan oleh program, calon diwajibkan mengikuti dan lulus Modul Kemahiran Bahasa Inggeris (EPM) dalam jangka waktu maksimum dua (2) semester sebelum dia dibenarkan mendaftar program pengajian. Calon hendaklah mendaftar sebagai Pelajar Bukan Siswazah .
2. Fakulti / Institut boleh memberikan pengecualian kepada syarat-syarat yang ditentukan dalam subperaturan (1) untuk calon antarabangsa yang:
a) akan menulis tesis / disertasi dalam bahasa Melayu / Arab;
b) mempunyai kelayakan akademik yang diperoleh dari mana-mana universiti tempatan yang diiktiraf oleh Senat; atau
c) berasal dari negara di mana bahasa Inggeris adalah bahasa rasmi atau calon mempunyai kelayakan akademik yang diperoleh dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
Calon boleh dikecualikan dari syarat-syarat yang dinyatakan dalam subperaturan (2), tetapi calon harus menduduki Ujian Kemahiran Bahasa Inggeris (EPT) dan jika calon gagal memperoleh tahap yang ditentukan oleh program, calon diminta untuk menghadiri dan lulus Modul Kemahiran Bahasa Inggeris (EPM).
Program Penyelidikan & Mod Campuran Sepenuhnya (Sepenuh Masa – min 6 sem; Separuh Masa – min 8 sem)
Mod Pengajian | Pendaftaran | Perkhidmatan & Aktiviti | Yuran Pengajian | Semester Pertama | Semester Seterusnya | Jumlah Yuran |
Sepenuh Masa | 1,010 | 745 | 1,835 | 3,590 | 2,580 | 16,490 |
Separuh Masa | 885 | 525 | 1,635 | 3,045 | 2,160 | 18,165 |
Program Penyelidikan & Mod Campuran Sepenuhnya (Sepenuh Masa – min 6 sem; Separuh Masa – min 8 sem)
Mod Pengajian | Pendaftaran | Perkhidmatan & Aktiviti | Yuran Pengajian | Semester Pertama | Semester Seterusnya | Jumlah Yuran |
Sepenuh Masa | 1,710 | 855 | 4,100 | 6,665 | 4,955 | 31,440 |
Separuh Masa | 1,585 | 585 | 3,300 | 5,470 | 3,885 | 32,665 |
Yuran tidak termasuk Personal Bond dan Visa Reference (VDR)
** Yuran tertakluk kepada perubahan semasa
Kampus: Bangi, Selangor
Fakulti: Fakulti Undang-Undang
Ijazah: Doktor Falsafah (PhD)
Tempoh:
Hubungi:
Fakulti Undang-Undang
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor
Malaysia
Tel: +603-8921 6820 / 6355
Faks: +603-8925 3217
Emel: mhkh@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/fuu
Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor
Malaysia
Tel: +603 89118468 / 8389
Faks: +603 89118471
Emel: akad@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/akademik
Yuran | Setahun | Dua Tahun (Indonesian Sahaja) |
---|---|---|
Yuran Pemprosesan | 1,000.00 | 1,140.00 |
Pas Pelajar | 60.00 | 120.00 |
Yuran Visa (mengikut negara – tidak melebihi RM 50) | 50.00 (max) | 30.00 |
Ikad | 50.00 | 100.00 |
eVAL | 150.00 | 150.00 |
Cukai Perkhidmatan (6%) | 78.60 | 77.40 |
Insurans EMGS | 400.00 | 400.00 |
Jumlah: | 1788.60 | 2017.40 |
Ringgit Malaysia (RM) Sahaja
Personal Bond | ||||
---|---|---|---|---|
RM 2000 | ||||
Canada | Burkina Faso Burundi | Democratic | Guinea-Bissau Ghana | Nigeria Rwanda Western Sahara |
USA | Cameroon | Congo | Liberia | Djibouti |
Colombia | Central African Republic | Cote D’Ivoire | Mali | Equatorial Guinea Ethiopia |
Angola | Republic Congo Republic | Eritrea | Mozambique | |
RM 1500 | ||||
Saudi Arabia | British C.I | Europe | Portugal C.I | Vietnam |
Africa | Brunei | Iran | Taiwan | |
Australia | China | Iraq | Tunisia | |
RM 1000 | ||||
Japan | South Korea | Macao | Hong Kong | |
RM 750 | ||||
Bangladesh | Phillipines | India | Myanmar | Nepal |
Pakistan | Sri Lanka | |||
RM 500 | ||||
Indonesia | ||||
RM 300 | ||||
Thailand | ||||
RM 200 | ||||
Singapore | ||||
RM 1500 | ||||
Yuran untuk negara lain |
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor
Malaysia
Tel: +603-8921-5555
Faks: +603-8921-4097
Email: pkk@ukm.edu.my
© Hak Cipta 2021 Portal Rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia. Hak cipta terpelihara
Sila gunakan pelayar terbaharu untuk paparan terbaik