CITRA UKM

Sarjana Muda Sains Citra dengan Kepujian

RINGKASAN PROGRAM

Selaras dengan visi, misi dan matlamat pendidikan Citra UKM, Pusat Pengajian Citra Universiti beraspirasi melahirkan graduan yang holistik dan mempunyai identiti UKM menerusi pendekatan pembentukan minda dan pembinaan sahsiah. Pendidikan Citra UKM berupaya memenuhi tuntutan pasaran dengan membangunkan modal insan yang kreatif, inovatif serta mampu menguasai dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran insaniah bagi mendepani cabaran dan bersaing di dunia sebenar.

Syarat Kemasukan

Sijil Perakuan APEL.A Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) Tahap 6 Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF);

dan

Mendapat sekurangkurangnya Band 2.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk peperiksaan yang bermula sesi 1 tahun 2021 ATAU Band 2 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020 mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan;

dan

Lulus ujian dan /atau temu duga yang ditetapkan oleh fakulti.

MUET Band 3.0

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini

Cara Memohon

Permohonan untuk program pengajian sepenuh masa bagi calon STPM, Matrikulasi, STAM dan Diploma/ Setaraf dibuat melalui Aplikasi Dalam Talian Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Iklan bagi semua saluran permohonan akan disiarkan dalam akhbar tempatan mulai Januari hingga April setiap tahun.

Borang permohonan untuk warganegara: http://upu.mohe.gov.my

Berapakah Jumlah Yuran Pengajian Saya

FAKULTI

TEMPOH PENGAJIAN (SEMESTER)

PENDAFTARAN

AKTIVITI DAN PERKHIDMATAN

YURAN PENGAJIAN

SEMESTER PERTAMA

SEMESTER SETERUSNYA

JUMLAH YURAN

Citra UKM

8

1,200

340

550

2,090

890

8,320

Apa yang Anda Akan Pelajari

Wajib Universiti
Wajib Citra

Elektif Bebas
Pengkhususan (Bimbingan Penasihat Akademik)

Pembelajaran Berasaskan lndustri/ Komuniti 
Latihan lndustri/ Komuniti 

Projek Industri/ Komuniti
Laporan/ Tesis

Kehidupan di Fakulti

Pasaran kerja masa kini semakin mencabar khususnya dalam menghadapi Revolusi lndustri 4.0 (41R). Majikan memerlukan pekerja yang multidisiplin. Justeru, program Sarjana Muda Sains Citra (SMSC) ditawarkan bagi memenuhi keperluan semasa.

Maklumat Fakulti

Kampus: Bangi, Selangor
Fakulti: Pusat Pengajian Citra Universiti (CITRA UKM)
Ijazah: Sarjana Muda Sains Citra dengan Kepujian

Tempoh:

  • Mod 2u2i dan Kaedah Penyampaian (2 tahun di universiti + 2 tahun di industri)

Hubungi: 
Pusat Pengajian Citra Universiti (CITRA UKM)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor
Malaysia

Tel: +603 89216870/ 6871
Faks: +603 89252976
E-mel: smsc@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/citra

Hubungi Kami

Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor
Malaysia

Tel: +603 89118173/ 8027/ 8456
Faks: +603 89118471
E-mel: admission_ppa@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/akademik

Adakah Anda Sudah Bersedia?