Majlis Landasan Hala Tuju KPT 2024

Warga UKM hadir menyaksikan siaran langsung Majlis Landasan Hala Tuju KPT 2024 yang dipancarkan di Persada Canselor bagi mendengar amanat Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir berkenaan perancangan serta strategi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi tahun 2024.

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry telah menggariskan lima fokus utama iaitu Penyediaan Bakat Terbaik Negara, Pengukuhan Ekosistem Penyelidikan dan Inovasi, Pelaksanaan Pendekatan Baharu Program Pemindahan dan Perkongsian Ilmu, Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi dan Pemantapan Ekosistem Pemboleh Daya.

Beliau juga turut mengumumkan 20 landasan hala tuju hasil dari interaksi, perbincangan, dan diskusi bersama pelbagai pihak yang telah dibangunkan bagi meningkatkan prestasi kecemerlangan pendidikan tinggi negara.

Antara yang hadir menonton amanat tersebut ialah Pro Naib Canselor Strategi dan Pembangunan Korporat, Prof Dato’ Dr Roslee Rajikan, Pengarah-Pengarah Pusat Tanggungjawab, Ketua-Ketua Pentadbiran dan warga UKM.

Similar Posts