UKMShape

(Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional)

Gangguan bagi Pelajar Antarabangsa

Semua Pelajar Antarabangsa,

Dimaklumkan bahawa pada masa ini terdapat gangguan capaian yang menjejaskan sistem pembayaran dari luar negara. Sehubungan itu, sistem eKewangan tidak dapat diakses buat sementara waktu oleh pelajar yang mengakses sistem dari luar Malaysia.

Perkara ini telah dimaklumkan kepada Pasukan Teknikal UKM dan sedang dalam tindakan penyelesaian. Sistem dijangka dapat beroperasi semula pada 4 November 2026.

Sementara itu, pelajar boleh membuat pembayaran melalui kaedah alternatif seperti berikut:

1. Pelajar yang berada di Malaysia/di UKM

Pelajar boleh membuat pembayaran dengan hadir ke Kaunter UKMShape pada waktu operasi.

2. Pelajar yang berada di luar Malaysia

Pelajar boleh membuat pembayaran dengan melengkapkan Google Form melalui pautan di bawah dan mengikuti arahan pembayaran yang disediakan dalam borang tersebut:

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScldXlO7ig8tbcVEfwxWfvC5WXxkDWz7iKcZHLp8Xk7a2E-Gw/viewform

Perhatian: Google Form tersebut disediakan sebagai kaedah alternatif pembayaran sementara sepanjang tempoh gangguan sistem dan hanya akan dibuka sehingga 4 November 2026. Setelah sistem eKewangan kembali beroperasi, pelajar dikehendaki meneruskan urusan pembayaran melalui sistem eKewangan seperti biasa.

Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi dan amat menghargai kesabaran serta kerjasama pelajar sepanjang tempoh penyelesaian gangguan ini.

Sekian, terima kasih.