UKMShape

(Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional)

Soal Selidik UKMShape

Sukacita dimaklumkan bahawa satu Soal Selidik Persepsi Dan Tahap Kepuasan Terhadap Perkhidmatan UKMShape sedang dijalankan bagi tujuan mendapatkan maklum balas daripada pihak berkepentingan terhadap prestasi perkhidmatan, keberkesanan program serta tahap kepuasan umum terhadap inisiatif yang telah dilaksanakan. Inisiatif ini adalah selari dengan aspirasi Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang baharu, Prof. Dr. Sufian Jusoh, dalam memperkukuh budaya kecemerlangan perkhidmatan dan penyampaian organisasi di UKM.

Sehubungan dengan itu, Lt. Kdr (B) TLDM. Prof. Madya Dr. Lokhman Hakim Osman, Pengarah Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan dan Profesional (UKMShape), amat menghargai sekiranya semua Pusat Tanggungjawab (PTj) di seluruh UKM dapat memberikan maklum balas melalui soal selidik ini.

Tujuan utama pelaksanaan soal selidik ini adalah untuk menilai keberkesanan perkhidmatan yang ditawarkan serta mendapatkan pandangan, cadangan dan saranan penambahbaikan secara menyeluruh dalam aspek perkhidmatan, program, komunikasi dan kerjasama strategik bersama PTj. Setiap maklum balas yang diterima amat kami hargai dan akan menjadi asas penting dalam usaha penambahbaikan berterusan agar perkhidmatan UKMShape lebih cekap, relevan dan berimpak tinggi.

Sekian, terima kasih atas perhatian dan kerjasama yang diberikan.