Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. |
| Salam Sejahtera dan Salam Universiti Watan, |
| Di era yang serba pantas dan sentiasa berubah, keperluan untuk terus belajar dan menyesuaikan diri menjadi semakin penting. Di sinilah letaknya peranan Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional (UKMShape) sebagai peneraju dalam menyediakan akses kepada pendidikan sepanjang hayat yang fleksibel, relevan dan inklusif bukan sahaja di peringkat nasional tetapi juga antarabangsa. |
| UKMShape menawarkan pelbagai program akademik dan profesional yang dirangka untuk memenuhi keperluan individu dari pelbagai latar belakang, sama ada pelajar lepasan sekolah, golongan bekerja, mahupun mereka yang ingin menambah kemahiran. UKMShape juga komited dalam melahirkan graduan dan tenaga kerja yang bukan sahaja berilmu, malah beretika, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran dalam landskap global yang sentiasa berkembang. |
| Selaras dengan matlamat ini, UKMShape memberi keutamaan kepada dua (2) prinsip penting dalam setiap aspek pengurusan dan penyampaian perkhidmatan: Ketelusan Institusi (Institutional Transparency) dan Kecekapan Operasi (Operational Efficiency). Ini bukan sekadar slogan, tetapi pendekatan yang akan kami laksanakan secara berterusan melalui semakan proses, pemantauan data dan penambahbaikan berdasarkan maklum balas. |
Untuk memperkukuhkan usaha ini, UKMShape akan memberi tumpuan kepada empat (4) bidang utama:
|
| Gabungan keempat-empat fokus ini akan membantu UKMShape membina satu sistem kerja yang lebih mantap, telus dan berkesan. Pada masa yang sama, UKMShape akan terus menjalinkan kerjasama strategik dengan pelbagai rakan industri, institusi dalam dan luar negara, serta organisasi profesional untuk memastikan semua program kami terus relevan dan memenuhi keperluan semasa. |
| Buat anda yang sedang mempertimbangkan untuk menyambung pengajian bersama kami, ketahuilah bahawa UKMShape ialah tempat di mana pembelajaran sepanjang hayat menjadi realiti. Kami percaya pendidikan tidak terhenti selepas tamat sekolah atau universiti. Di sinilah anda boleh terus belajar, berkembang, dan membina masa depan yang lebih baik. |
| Sertailah kami di UKMShape dan jadikan langkah ini sebagai permulaan perjalanan baharu menuju impian dan potensi sebenar anda. Kerana di UKMShape, masa depan anda bukan sekadar dibayangkan, ia dibentuk, diasah dan direalisasikan, demi diri anda, masyarakat, bangsa dan negara. |
| Sekian, terima kasih. |
| Yang menjalankan amanah, Lt. Kdr (B) TLDM. Prof. Madya Dr. Lokhman Hakim Osman Pengarah Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional (UKMShape) |