Kajian Pengesanan Graduan & Sistem Maklumat Alumni UKM (SMA)
Adalah dimaklumkan bahawa graduan yang hadir atau tidak hadir pada majlis konvokesyen ini diminta mengisi Kajian Pengesanan Graduan 2015 (KPG) melalui laman web http://graduan.moe.gov.my pada 1 Oktober 2015 hingga 28 Oktober 2015. Sila cetak dan bawa bersama slip pengesahan kajian tersebut semasa mengambil jubah.
Graduan juga dikehendaki mengemaskini maklumat terkini di dalam Sistem Maklumat Alumni UKM (SMA) di laman web www.ukm.my/alumni. Pertanyaan berkaitan KPG dan SMA boleh diajukan kepada En. Asyraf Radzwan (03-8921 4699) atau Pn. Norliza Muhamad (03-8921 4702).
Harap maklum dan terima kasih.