Perubahan Tempat Peperiksaan Bagi Peperiksaan Akhir Semester 2 Sesi Akademik 2015-2016 (Pusat Ukm Bangi)
Dengan penuh takzimnya saya merujuk kepada perkara di atas.
Untuk makluman, terdapat perubahan tempat peperiksaan bagi Peperiksaan Akhir Semester 2 Sesi Akademik 2015-2016 yang akan bermula pada 18 Julai hingga 7 Ogos 2016 seperti berikut :
1) 22 – 24 Julai 2016 (Jumaat – Ahad)
Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), UKM Bangi
2) 29 – 30 Julai 2016 (Jumaat – Sabtu)
Dewan Peperiksaan, Aras 2,
Pusat Pengurusan Akademik (PPA), Lingkungan 2, UKM Bangi
3) 31 Julai 2016 (Ahad)
Dewan Tun Abdullah Muhd Salleh (DTAMS), UKM Bangi
4) 6 – 7 Ogos 2016 (Sabtu – Ahad)
Dewan Peperiksaan, Aras 2,
Pusat Pengurusan Akademik (PPA), Lingkungan 2, UKM Bangi
Semua pelajar mohon mengambil perhatian terhadap perubahan tempat di atas. Untuk makluman juga, tempat parkir di PPA adalah terhad dan agak jauh dari dewan peperiksaan.
Bagi pelajar program FST & FUU, tempat peperiksaan di Bangunan Lama FUU & Makmal FST – KEKAL
Segala kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, harap maklum.