| Surat Jaminan adalah surat yang akan dikeluarkan oleh pihak institusi (UKMShape) sekiranya pelajar perlu mendapatkan rawatan khas di Hospital atau dimasukkan ke dalam wad atas tujuan perubatan / rawatan. Surat Jaminan adalah tertakluk kepada keputusan / kebenaran Pusat Kesihatan UKM. |
| Bagi tujuan di atas, saudara/i diminta untuk menghubungi bahagian UKMCare melalui emel ukmcare@ukm.edu.my atau ke Kaunter UKMCare, UKMShape, Universiti Kebangsaan Malaysia. |
| Perkara di atas hanya terpakai kepada pelajar ambilan Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional di bawah program Eksekutif dan Program Berterusan Jarak Jauh (PBJJ) sahaja. |
| Selain daripada pelajar seperti di atas, saudara/i dinasihatkan untuk menghubungi dan berurusan dengan Pusat Kesihatan UKM (PKU) di talian 03-8921 5087 atau emel pkesihatan@ukm.edu.my atau rujuk laman sesawang PKU di pautan ini http://www.ukm.my/pusatkesihatan/. |
Nota: - Surat Jaminan tidak akan dikeluarkan terus selepas permohonan dibuat oleh pelajar kerana bahagian UKMCare perlu memohon pandangan dan pertimbangan daripada Pegawai Perubatan dari Pusat Kesihatan Universiti (PKU) UKM. Jika Pegawai Perubatan mengesahkan permohonan pelajar, barulah Surat Jaminan akan dikeluarkan.
- Pelajar yang ingin memohon Surat Jaminan disarankan untuk menyerahkan salinan laporan kesihatan yang telah disahkan oleh Pegawai Perubatan dari Klinik atau Hospital yang berkaitan.
- Jika pelajar tidak mempunyai sebarang laporan kesihatan, pelajar dinasihatkan untuk berjumpa dengan Pegawai Perubatan PKU UKM untuk mendapatkan kelulusan dan pengesahan daripada pegawai berkenaan. Surat Iringan akan diberikan kepada pelajar yang memohon.
|