UKMShape

(Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional)

Date

Aug 08 2026

Time

9:00 am - 5:00 pm

Hari Informasi Jom Masuk UKM 2026

📢 JEMPUT HADIR KE HARI INFORMASI JOM MASUK UKM 2026

Langkah pertama anda ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bermula di sini!

Masih mencari program pengajian yang sesuai? Ingin mengetahui peluang melanjutkan pengajian ke UKM melalui Saluran Terus (Direct Intake)?

Hari Informasi Jom Masuk UKM 2026 menghimpunkan pelbagai fakulti dan institut UKM di bawah satu bumbung bagi membantu anda membuat pilihan terbaik untuk masa depan.

Apa yang menanti anda?
✅ Pameran pendidikan daripada pelbagai fakulti dan institut UKM
✅ Taklimat akademik mengenai syarat kemasukan, laluan pengajian dan prospek kerjaya
✅ Pocket Talk bersama wakil fakulti
✅ Sesi perkongsian inspirasi bersama alumni UKM
✅ Cabutan bertuah
✅ Gerai makanan

📅 Tarikh: 8 Ogos 2026 (Sabtu)
🕘 Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang
📍 Tempat: UKMShape, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

📝 Daftar kehadiran sekarang:
https://forms.gle/2Aje9YL4uf4MvbZg7

*Pengeluaran Surat Pemakluman kepada calon yang telah berjaya

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan maklumat secara terus daripada staf UKMShape, wakil fakulti dan wakil institut mengenai syarat kemasukan, yuran pengajian, biasiswa, laluan pengajian serta prospek kerjaya. Inilah peluang terbaik untuk bertanya secara langsung dan mendapatkan panduan bagi merancang masa depan pendidikan anda.

Sertai kami dan mulakan langkah anda menuju masa depan bersama UKM!

Comments are closed.