UKMShape

(Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional)

Search
Close this search box.

Hak Cipta Terpelihara 2015

Hak Cipta Terpelihara 2015

Diselenggarakan oleh: Webmaster UKMShape

Sebarang maklumbalas, cadangan atau aduan, sila emelkan ke maklumpkp@ukm.edu.my

Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional
Aras 2, Bangunan Wawasan
43600 UKM Bangi , MALAYSIA
Tel +603 8921 5331 | Faks +603 8925 1391
e-Mel: pghkmbgn@ukm.edu.my

Date

Mar 14 2022
Expired!

Time

8:00 am - 6:00 pm

Majlis Menandatangani MoA antara Andalus Universiti, Turki dengan Universiti Kebangsaan Malaysia

Pada 14 Mac 2022, Universiti Kebangsaan Malaysia yang diketuai oleh Naib Canselor telah menandatangani MoA bersama dengan Andalus Universiti di Turki. Menerusi perjanjian tersebut, UKM Shape yang mewakili UKM akan menawarkan program-program UKM secara ‘offshore’ di Andalus Universiti. Antara program perintis bagi projek ini adalah Program Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, Sarjana Muda Ekonomi dan Sarjana Muda Teknologi Maklumat. Perincian perlaksanaan inisitiaf ini akan dijayakan menerusi jawatankuasa bersama diantara kedua buah universiti.

Sebagai makluman, Andalus Universiti secara asalnya berpangkalan di Syria, namun begitu mereka terpaksa berpindah ke Turki sebagai lokasi pendidikan sementara menunggu keadaan perang di negara mereka kembali pulih .Mereka kini menumpang di Zemas International College, Turki.Terdapat ramai warga Syria yang terjejas menyambung pengajian di Andalus Universti dan UKM berhasrat membantu universiti tersebut bagi memastikan impian pendidikan mereka yang terjejas akibat perang dapat direalisasikan.

Prof Dato Ts Dr Mohd Ekhwan Toriman optimis bahawa kerjasama ini bukan sahaja memberikan pulang dalam bentuk pendidikan tetapi ianya juga adalah manifestasi keazaman UKM bagi membantu mereka yang memerlukan. MoA tersebut telah ditanda tangan oleh Naib Canselor UKM, Prof Dato’ Ts Dr Mohd Ekhwan Toriman dan President Andalus University, Prof Dr Fawzi Al Bako.

MARA UKM!
#UKM #UKMSharing #UniversitiWatanKita

Comments are closed.