UKMShape

(Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional)

Pemakluman Sistem Borang Online (SBO)

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof. / Dato’ / Datin / Dr. / Tuan / Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Sistem Borang Online (SBO) UKMShape kini telah kembali beroperasi dan boleh diakses serta digunakan seperti biasa setelah mengalami gangguan teknikal yang menyebabkan pengguna tidak dapat mengakses sistem sebelum ini.

Sehubungan itu, semua pengguna boleh meneruskan urusan permohonan, penghantaran borang, tuntutan dan lain-lain urusan berkaitan melalui sistem SBO seperti biasa menerusi pautan berikut:

Pautan Sistem: https://sbo.ukm.my/

Pihak Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM), UKMShape ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesabaran, kerjasama dan kefahaman semua pengguna sepanjang tempoh gangguan tersebut. Pihak kami juga ingin memohon maaf atas segala kesulitan dan gangguan terhadap urusan kerja yang berlaku akibat masalah teknikal berkenaan.

Pihak kami akan terus melaksanakan pemantauan dan penambahbaikan dari semasa ke semasa bagi memastikan kestabilan, kelancaran dan keberkesanan pengoperasian sistem SBO demi memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada semua pengguna.

Sekiranya pengguna masih menghadapi sebarang masalah atau kesukaran untuk mengakses sistem, mohon agar perkara tersebut dimaklumkan kepada pihak BPTM UKMShape untuk semakan dan tindakan lanjut.

Segala perhatian, kerjasama dan sokongan yang diberikan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.