UKMShape

(Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional)

| Soalan Lazim (FAQ)

Soalan Jawapan
1. Berapakah jumlah yuran minimum yang perlu saya bayar semasa melengkapkan pendaftaran diri di sistem e-Speed? (terpakai bagi pelajar baharu sahaja) Pelajar perlu membayar sekurang-kurangnya 40% daripada yuran semester pertama. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Peraturan Am Kewangan UKMShape: https://www.ukm.my/ukmshape/kewangan-ukmshape/
2. Pembayaran yuran adalah mengikut semester atau mengikut komponen penilaian? Yuran pengajian dikenakan setiap semester, tanpa mengira bilangan komponen yang didaftarkan dalam semester tersebut. Untuk makluman lanjut berkenaan struktur yuran pengajian, sila rujuk pautan berikut: https://www.ukm.my/ukmshape/yuran-pengajian-ukmshape/ 
3. Bilakah saya perlu membayar yuran pengajian? Pelajar perlu membayar yuran pada setiap awal semester baharu mengikut jumlah yang ditetapkan dalam struktur yuran pengajian. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Peraturan Am Kewangan UKMShape: https://www.ukm.my/ukmshape/kewangan-ukmshape/
4. Dimanakah saya boleh menyemak jumlah bayaran yuran semasa/baki yuran tertunggak? Pelajar boleh menyemak jumlah bayaran yuran semasa/baki yuran tertunggak di sistem e-Kewangan: https://ekewangan.ukm.my/
5. Sekiranya saya telah berada di semester tambahan/melebihi semester seperti di struktur yuran pengajian, adakah saya akan dikenakan caj yuran tambahan? Ya. Hal ini demikian kerana yuran pengajian yang dikenakan adalah secara berpakej dan berdasarkan semester minimum pengajian. Maka pelajar dikenakan caj yuran bagi tambahan tempoh dan servis yang diberikan.
6. Sekiranya saya gagal satu-satu tahap penilaian komponen, adakah saya akan dicaj jika saya ingin mengulang penilaian? Ya. Caj sebanyak RM1000 akan dikenakan kepada pelajar yang mengulang komponen penilaian APEL.Q untuk sekali ulang (maksimum 3 kali ulang dan caj dikenakan bagi setiap satunya).
7. Bagi pembayaran yuran pertama kali, adakah saya boleh terus membuat permohonan pengeluaran KWSP bagi tujuan pembiayaan yuran pengajian? Tidak boleh. Pelajar perlu berstatus ‘Daftar’ terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tuntutan KWSP. Bagi mendapatkan status ‘Daftar’ tersebut, pelajar wajib melengkapkan semua keperluan pendaftaran di sistem e-Speed termasuk bayaran minimum di perkara (1). Sila semak status ‘Daftar’ di sistem e-Speed: https://smp.ukm.my/espeed/main/ Tatacara Pembayaran Yuran Melalui KWSP: https://drive.google.com/file/d/1sLncEd_KIxILUZYk2izgP6Nx2U7OuHJ1/view?usp=sharing
Soalan Jawapan
1. Sekiranya saya berhasrat untuk mendaftar diri di sistem e-Speed pada pertengahan semester ataupun bukan pada tempoh pendaftaran diri pelajar baharu, adakah ini dibenarkan? Ya. Calon pelajar APEL.Q dibenarkan untuk mendaftar diri pada bila-bila masa. Namun begitu, pelajar dinasihatkan untuk membuat semakan sekiranya terdapat implikasi dari segi yuran pengajian dan proses penilaian oleh pihak fakulti.
2. Bagi keperluan pendaftaran ‘Laporan Kesihatan’, adakah saya boleh membuat pemeriksaan perubatan di mana-mana klinik/hospital/pusat kesihatan? Boleh. Namun begitu, pelajar perlu membawa borang Laporan Pemeriksaan Kesihatan yang telah disediakan dalam sistem e-Speed semasa membuat pemeriksaan perubatan. Borang ini boleh dimuat turun melalui sistem e-Speed di pautan berikut: https://smp.ukm.my/espeed/main/
3. Bagi keperluan ‘Kad MySiswa’, adakah saya wajib membuka akaun simpanan I-Pro RHB (RHB Pro Savings Account-I)? Ya. Pelajar perlu membuka akaun RHB secara individu atas nama sendiri bagi urusan kewangan selepas membuat pengesahan setuju terima tawaran dan sebelum proses pendaftaran diri.
Soalan Jawapan
1. Dimanakah saya boleh mendaftar komponen penilaian pada setiap semester? Pelajar boleh mendaftar komponen penilaian di laman web SMPE: https://smplucee.ukm.my/smpe
2. Sekiranya saya belum lulus satu-satu penilaian pada semester semasa, adakah saya perlu mendaftar komponen penilaian yang sama pada semester hadapan? Ya. Sekiranya pelajar masih belum lulus satu-satu penilaian komponen pada semester semasa, pelajar perlu mendaftar komponen penilaian yang sama pada semester berikutnya.
3. Adakah saya dibenarkan untuk mendaftar kesemua komponen pada satu masa yang sama? Tidak. Pelajar perlu mendaftar komponen penilaian mengikut turutan dan hanya dibenarkan mendaftar komponen seterusnya selepas lulus satu-satu komponen.
Soalan Jawapan
1. Dimanakah saya boleh menyemak keputusan komponen penilaian? Pelajar boleh menyemak keputusan komponen penilaian di laman web SMPE: https://smplucee.ukm.my/smpe
2. Bilakah saya boleh menyemak gred dan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) pengajian? Pelajar boleh menyemak gred dan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) pengajian pada setiap hujung semester di web SMPE: https://smplucee.ukm.my/smpe
SoalanJawapan
1. Sekiranya saya berhasrat untuk tarik diri / tangguh pengajian, apakah proses tersebut?

Bagi permohonan tarik diri, pelajar boleh membuat permohonan melalui laman web SMPE: https://smplucee.ukm.my/smpe

Bagi permohonan tangguh pengajian, pelajar boleh muat turun borang di pautan berikut: https://www.ukm.my/ukmshape/borang-pelajar/

Pelajar dinasihatkan untuk membuat permohonan tarik diri/ tangguh pengajian sebelum semester baharu bermula bagi mengelakkan sebarang implikasi kewangan. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Peraturan Am Kewangan: https://www.ukm.my/ukmshape/kewangan-ukmshape/