CITRA 3

CITRA 3 – Penaakulan Kuantitatif & Kualitatif

Salah satu fokus kepada falsafah pendidikan Malaysia ialah untuk memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek. Untuk melahirkan graduan yang berminda intelek, keupayaan untuk membuat penaakulan telah dikenalpasti sebagai satu ciri penting. Membuat penaakulan bermaksud membuat pertimbangan berdasarkan fakta dan konteks sesuatu situasi. Fakta diperoleh menerusi data yang didapati melalui kaedah penyiasatan samada kualitatif atau kuantitatif, atau menggunakan teknik dalam matematik dan statistik, manakala konteks pula merangkumi aspek ekosistem yang terlibat dalam sesuatu situasi seperti sistem nilai dan kepercayaan, andaian, emosi, personaliti dan sebagainya. Citra ini merangkumi pengetahuan yang berkaitan dengan kaedah penyelidikan, matematik dan statistik, pemikiran kritis dan pembuatan keputusan. Matlamat Citra ini ialah untuk memberi panduan kepada pelajar membuat penaakulan menggunakan bukti secara empirik (kualitatif dan kuantitatif) dengan menggunakan prinsip penyelidikan saintifik, matematik, statistik dan prinsip pembuatan keputusan berlandaskan kepada aspek-aspek kontekstual dalam sesuatu masyarakat. Apa yang dimaksudkan kontekstual ialah dengan mengambilkira aspek-aspek penting seperti sistem nilai dan kepercayaan, andaian, kawalan keatas keputusan, dan falsafah penubuhan organisasi.

Hasil Pembelajaran Citra (HPC) Kursus Citra Penaakulan Kuantitatif & Kualitatif

I. Menjelas dan meneliti konsep dan perkembangan pemikiran saintifik. (C3)

II. Mengaplikasi dan mengikuti pemikiran logik dan penaakulan secara empirikal dalam menghasilkan penyelidikan. (P3)

III. Menghubungkaitkan prinsip pemikiran kritis, matematik, statistik, analisis dan pembuatan keputusan dalam kehidupan. (A4)

 

SENARAI KURSUS CITRA 3 

(kemaskini 1/9/2017)

Pusat Citra Universiti

LMCK1421    Pemikiran Kritikal & Penyelesaian Masalah

LMCP1311     Asas Kriminologi & Pencegahan Jenayah

LMCP1312     Asas Pemikiran Saintifik dalam Peradaban Manusia

LMCP1352     Asas-asas Sains Data dalam Pengangkutan

LMCR1052     Pembangunan Diri I

LMCR1062     Pembangunan Diri II

LMCR1332     Asas Temubual Penyelidikan

LMCR1342     Penulisan Laporan Kajian

LMCR2362     Falsafah Berfikir

LMCR2422     Kemahiran Berfikir

LMCR2462     Penyelesaian Masalah Kreatif

LMCR3212     Pemikiran Saintifik

LMCR3342     Kritikan Seni Tampak

LMCR3302     Dimensi Cinta

 

Pusat Kesatria

LMCB3334     PALAPES Tentera Darat Peringkat Tinggi

LMCB3333     SUKSIS 3 (Undang-Undang dan Siasatan)

 

Kolej Keris Mas

LMCR1302     Asas Pemikiran Lateral

 

Kolej Pendeta Za’ba

LMCR2322     Kursus Pemikiran Kreatif dan Inovatif

 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

LMCP1312     Asas Pemikiran Saintifik dalam Peradaban Manusia

 

Fakulti Sains & Teknologi

STPD1113      Pengenalan Mikrokomputer dan Teknologi Maklumat

STPD2113      Aplikasi Komputer dalam Sains dan Teknologi

STQM1913     Teknik Matematik I

STQP1013      Pengaturcaraan Komputer

STQS1913      Statistik Gunaan

 

Fakulti Teknologi & Sains Maklumat

LMTT2683     Organisasi Maklumat

LMTT3423     Sistem Multimedia dan Aplikasi

LMTT2713     Seni Reka Grafik

LMTT2013     Metodologi Pembangunan Perisian

LMCR2303     Pengaturcaraan Kompetitif

 

 


 

KANDUNGAN KURSUS

Citra 3    –      Penaakulan Kuantitatif Dan Kualitatif

 

Pusat Citra Universiti

LMCK1421         Pemikiran Kritikal & Penyelesaian Masalah

Kursus ini bertujuan untuk memupuk kemahiran berfikir secara kritis dalam menyelesaikan masalah. Pelajar akan didedahkan dengan aktiviti yang merangsang pemikiran kritis melalui simulasi penyelesaian masalah. Pelajar turut dilatih mempraktikkan pemikiran tersebut untuk cuba menyelesaikan masalah yang relevan. Pada akhir kursus ini, pelajar boleh menggunakan kemahiran pemikiran kritis untuk mengenal pasti tindakan tepat bagi melaksanakan tugas yang diamanahkan. Pelajar juga akan mampu mencari jalan ke arah menyelesaikan masalah dan menyedari implikasi hasil daripada tindakan yang diambil. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang diguna dalam kursus ini melibatkan pembelajaran berasaskan masalah.

Bacaan Asas

Pusat Akreditasi Pembelajaran. 2011. Garis Panduan Kokurikulum Berkredit Berasaskan Kontrak Pembelajaran. Bangi: Pusat Akreditasi Pembelajaran.

Pusat Akreditasi Pembelajaran. 2011. Panduan Prasiswazah, Pusat Akreditasi Pembelajaran. Bangi: Pusat Akreditasi Pembelajaran.

Cotrell, S. (2011). Critical Thinking Skills: Developing Effective Analysis and Argument. 2nd Ed. US: Palgrave Macmillan.

Fisher, A. (2011). Critical Thinking: An Introduction. 2nd Ed. UK: Cambridge University Press.

Morrow, D & Weston, A (2011). A Workbook for Arguments: A Complete Course in Critical Thinking. US: Hackett Publishing Company, Inc.

 

LMCP1311          Asas Kriminologi & Pencegahan Jenayah

Kursus ini bertujuan untuk menyediakan para pelajar dengan satu peluang yang unik untuk belajar asas kriminologi dan juga pencegahan jenayah. Dalam kursus ini, pelajar akan didedahkan dengan aspek – aspek kriminologi asas seperti jenayah, penjenayah, modus operandi jenayah dan tingkah laku jenayah. Selain itu, pelajar juga akan didedahkan dan dilatih dengan tips – tips pencegahan jenayah yang boleh diguna pakai dalam aktiviti seharian. Pelajar turut didedahkan dengan senario – senario jenayah di Malaysia dan pelajar boleh mengguna pakai pengetahuan yang sedia ada untuk mengenal pasti punca jenayah berlaku dan mereka cara – cara untuk mencegah jenayah.

Bacaan Asas

Mohammad Rahim, K., Nadiah Syariani, M.S., Linthini G., Peravina, T., Geshina Ayu, M.S., & Jalaluddin, R. (2014). Jenayah, Penjenayah dan Mangsa Jenayah: 100 Mitos dan Fakta. Malaysia: Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia.

Gavin, H. (2014). Criminological and Forensic Psychology. London: Sage Publication Mohammad Rahim, K., Nadiah Syariani, M.S., Suvarshini, P., Geshina Ayu, M.S., &Mazlan, L. (2015). Buku Poket: 111 Tips Mencegah Jenayah. Malaysia: Pusat

Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia.

Jailani Harun. (2011). Jenayah Bawa Padah: 20 Kes Berprofil Tinggi. Malaysia: Berita Publishing Sdn. Bhd.

Daigle, L.E. (2012). Victimology: A Text/Reader. Sage Publication, Inc.

 

LMCP1352          Asas-asas Sains Data dalam Pengangkutan

Matlamat kursus ini ialah mendedahkan pelajar kepada sains data dalam pengangkutan. Pada hari ini data terkumpul amat banyak dan boleh dimanfaatkan untuk memahami keadaan dan untuk membuat ramalan. Kursus ini akan membawa pelajar secara praktikal untuk melombong data, penyediaan data untuk sains data, visualisasi data, soalan-soalan yang boleh dijawab dengan data, pemodelan dan membuat ramalan.

Bacaan Asas

Riza Atiq. 2016. Perancangan Pengangkutan Bandar. Penerbit UKM

Pierson L. 2015.Data Science for Dummy. John Wlley and Sons. New Jersey

Behga A dan Madisetti. 2015. Big Data Science and Analytic: A Hands-On Apprach. Arsdeep Bahga & Vijay Madisetti,

Foreman J.W/ 2013. Data Smart: Using Data Science to Transform Information into Insight. John Wlley and Sons. Inidianapolis.

Provost F dan Fawcett T. 2013.  Data Science for Business: What You Need to Know about Data Mining and Data-Analytic Thinking. O’Reilley. Sebastopol California

 

LMCR1052          Pembangunan Diri I

Kursus ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan mengenai pembangunan diri yang mendasari pembentukan anggota organisasi, masyarakat dan warganegara yang terbilang. Kursus ini mencakupi tiga tahap pembangunan diri bermula di peringkat individu, masyarakat dan seterusnya di peringkat Negara dan global. Secara umumnya kursus ini dapat memastikan pelajar memperoleh pelbagai kemahiran insaniah. Secara khususnya penekanan akan diberikan kepada (1) komunikasi yang berkesan dalam pelbagai situasi, (2) kemahiran pemikiran kritis, penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik, (3) kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan, dan (4) kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat.

Bacaan Asas

Baker, G.S. 2011. Fitly Spoken: Developing Effective Communication and Social Skills. Brighton Publishing.

Butterworth, J. & Thwaites, G. 2013. Thinking Skills: Critical Thinking and Problem Solving. Cambridge University Press.

Cobb, A. T. 2011. Leading Project Teams: The Basics of Project Management and Team Leadership. SAGE Publication.

Crawford, J. & Irving , C. 2014. Information Literacy and Lifelong Learning. Chandos

Publishing.

Pusat Pengajjian Umum. 2011. Modul Pembangunan Diri. Bangi: Pusat PengajianUmum,

UKM.

 

LMCR1062          Pembangunan Diri II

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan dan melatih pelajar meningkatkan empat kemahiran pembangunan pelajar iaitu (1) komunikasi yang berkesan dalam pelbagai situasi, (2) kemahiran pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik, (3) kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan, dan (4) kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat. Pelajar dilatih mengaplikasikan empat kemahiran tersebut melalui pelaksanaan mengggunakan mod kontrak pembelajaran berasaskan projek, aktiviti dan khidmat yang dilakukan secara berkumpulan. Pelajar dikehendaki mengaplikasikan ke empat-empat kemahiran tersebut secara praktikal bagi mengukuhkan dan memantapkan elemen-elemen kemahiran pembangunan diri dalam diri mereka. Keperluan aspek praktikal ini akan melahirkan pelajar yang holistik yang dapat menyumbang kepada masyarakat dan organisasi.

Bacaan Asas

Guffey, M E. & R. Almonte, R. 2010. Essentials of Business Communication. Sixth Canadian Edition. Toronto: Nelson.

Pellerin, Charles J. 2009. How NASA Builds Teams: Mission Critical Soft Skills for Scientists, Engineers, and Project Teams. Hoboken, NJ: John Wiley and Sons.

Northouse, P.G. 2007. Leaderhsip: Theory and Practice. New York: Sage Publications. Poore, Megan. 2013. Using social Media in the Classroom. A Best Practice Guide. London: Sage       publications

Modul Pembanguan Diri.2011. Pusat pengajian Umum: Universiti Kebangsaan Malaysia

 

LMCR1332          Asas Temubual Penyelidikan

Kursus ini membincangkan kepentingan temubual dalam sesebuah penyelidikan, khususnya penyelidikan berbentuk kualitatif. Perbincangan asas dalam kursus ini menyentuh paradigma penyelidikan, rupabentuk sesebuah penyelidikan dan keperluan asas seseorang penyelidik dalam melengkapi diri sebagai penemubual yang kompeten. Prinsip dan etika asas dalam temubual penyelidikan turut dibincangkan secara mendalam di dalam kursus ini. Begitu juga dengan masalah, isu dan halangan dalam temubual penyelidikan, turut dibincangkan. Selain itu, kursus ini juga menyentuh sedikit sebanyak realiti penyelidikan dalam kehidupan seorang penyeldik, khususnya dalam bentuk kualitatif. Pengajaran dan pembelajaran akan dilaksanakan dalam bentuk pengalaman pembelajaran, pembelajaran terarah, dan pembelajaran berpaksikan hasilan.

Bacaan Asas

Kemberelis, George (2013). Focus groups: from structured interviews to collective conversations. Abingdon, Oxon; New York, NY: Routledge, 2013.

Kvale, Steinar (1996) Interviews: An Introduction to Qualitative Research Interviewing.

London: SAGE Publications, 1996.

Roberts-Holmes, Guy (2014). Doing Your Early Research Project: A Step by Step Guide. London: SAGE, 2014

Saldana, Jonny (2013). The Coding Manual for Qualitative Research. Los Angeles: SAGE, 2013.

Skott, Beth P. (2013). Active Learning Exercises for research methods in social sciences. Thousand Oaks, Calif.: SAGE Publications, 2013.

 

LMCR1342          Penulisan Laporan Kajian

Kursus ini membincangkan penulisan laporan kajian yang menjadi keperluan dalam dunia akademik. Seterusnya, perbincangan dalam kursus ini menyentuh mengenai pencarian maklumat secara efektif dalam mendapatkan bahan untuk tujuan penulisan akademik. Seterusnya, kursus ini turut menerangkan secara mendalam mengenai penulisan laporan, sama ada dalam bentuk kuantitatif dan juga kualitataif. Selain itu, pembentangan berkesan turut disentuh. Pengajaran dan pembelajaran akan dilaksanakan dalam bentuk pengalaman pembelajaran dan pembelajaran berasaskan masalah.

Bacaan Asas

American Psychological Association. 2011. What’s New in the Sixth Edition of the Publication Manual. Retrieved from http://www.apastyle.org

Anderson, J. & Poole, M. 2011. Assignment and Thesis Writing. Terj. Marzita Puteh & Saadiah Baharom, Penulisan tugasan & tesis, edisi keempat. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Creswell, John W. 2013, Research Design: Qualitative and Quantitative Approaches, 4th edition. London: SAGE Publications.

Hamidah Yusof, Jamal Yunus & Khalip Musa. 2014. Kaedah Penyelidikan Pengurusan Pendidikan. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Pusat Pengajian Siswazah. 2014. Garis PanduanGaya Penulisan Pascasiswazah. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.

 

 

LMCR2362          Falsafah Berfikir

Kursus ini membincangkan isu-isu yang asas mengenai falsafah dan pemikiran. Tujuan kursus ini adalah untuk meningkatkan pemahaman pelajar mengenai konsep falsafah serta kerelevanannya pada abad yang ke-21 ini. Disebabkan falsafah juga didefinisikan sebagai “kecintaaan terhadap hikmah atau kebijaksanaan”, kursus ini akan membincangkan pengertian hikmah pada pada pandangan Barat dan Islam serta kepentingannya. Kursus ini turut juga memberikan kefahaman mengenai konsep pemikiran berserta aliran-alirannya dan tiga kaedah pemikiran yang utama iaitu pemikiran kritis atau logik, pemikiran saintifik, pemikiran kreatif dan pemikiran lateral. Kursus ini juga akan membincangkan isu-isu dalam falsafah pemikiran seperti dualisme, kebebasan manusia serta kebolehan manusia menyelesaikan masalah. Pengajaran dan pembelajaran akan dilaksanakan dalam bentuk pengalaman pembelajaran, pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran berasaskan projek.

Bacaan Asas

Abdul Rahman Haji Abdullah. 2001. Falsafah dan Kaedah Pemikiran. Universiti Sains Malaysia: Utusan Publication & Distributions Sdn Bhd.

Ahmad Sunawari Long. 2008. Sejarah Falsafah (Edisi Kedua). Bangi: Penerbit

Universiti Kebangsaan Malaysia

Ali Hassan Ali. 1995. Muslim Rasionalis. Jakarta Timur: Pustaka Al Kaustsar.

Sidi Gazalba. 1977. Sistematika Falsafat. Kuala Lumpur: Penerbitan Utusan Melayu Berhad.

Taha Jabir al Awani. 1995. Krisis Pemikiran Moden. Kuala Lumpur: Thinkers Library Sdn Bhd.

 

LMCR2422          Kemahiran Berfikir

Kursus ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan asas mengenai fungsi otak dan kaedah berfikir dan aplikasi pemikiran. Tajuk-tajuk yang dibincangkan termasuk perkembangan dan kemampuan otak manusia, konsep dualisme otak dan minda terancang dan terpendam, konsep berfikir secara logik, kreatif, falasi, pemikiran lateral dan paralel dan kritikal juga dibincangkan.

Bacaan Asas

Abdul Salam Yussof, Syaidatun Nazirah Abu Zahrin, Nasruddin Yunos, Mohamad

Mohsin Mohamad Said, Hamdzun Haron dan Nor Afian Yusof, 2010. Kemahiran

Berfikir: Kreatif, Kritis Dan Inovatif. Bangi: Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia

Butterworth, J and Geoff Thwaites, G., 2013. Thinking Skills: Critical Thinking and Problem Solving (second edition). UK: Cambridge University Press.

Hicks, M. J. 2004. Problem Solving and Decision Making (2 edition). UK: Cengage Learning EMEA.

Nurulhuda Abd Rahman dan Md Nasir Ibrahim. 2013. Pemikiran kritis dan kreatif. Tanjung Malim, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Vogel, T, 2014. Breakthrough Thinking: A Guide to Creative Thinking and Idea Generation. Cincinnati, Ohio: How Design Books

 

LMCR2462          Penyelesaian Masalah Kreatif

Matlamat kursus ini ialah untuk memberi pendedahan dan kefahaman mengenai kreativiti dan teknik menyelesaikan masalah secara kreatif. Ia melibatkan pendedahan kepada kepentingan, pengertian, teori-teori serta halangan-halangan kepada kreativiti. Perbincangan mengenai teori-teori kreativiti melibatkan penghuraian mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi daya kreativiti individu seperti IQ, personaliti, biologi, persekitaran, budaya dan motivasi. Istilah Pemikiran konvergen dan divergen juga akan diperkenalkan. Konsep, jenis serta beberapa pendekatan menyelesaikan masalah akan turut dibincangkan. Intipati utama kursus ini ialah perbincangan mengenai proses atau langkah-langkah menyelesaikan masalah secara kreatif seperti pencarian masalah, pendefinisian masalah, pencarian idea dan melaksanakan tindakan. Para pelajar juga akan turut didedahkan dengan teknik-teknik menyelesaikan masalah secara kreatif seperti sumbangsaran, pemikiran lateral, pemikiran analogikal, IDEAL atau SIMPLEX, sinektik dan sebagainya. Pengajaran dan pembelajaran akan dilaksanakan dalam bentuk pengalaman pembelajaran, pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran berasaskan projek.

 

Bacaan Asas

Basadur M. 1995. The Power of Innovation. New York: Pitman Publishing

Dacey J. S & Lennon K. H. 1998. Understanding Creativity. San Francisco: J B Publishers

Mohd. Azhar Abd Hamid, Mohd Koharuddin Balwi & Muhamed Fauzi Othman. 2006.

Reka Cipta & Inovasi Dalam Perspektif Kreativiti. Skudai: Penerbit UTM. Rowe A. J. 2004. Creative Intelligence. New Jersey: Pearson Prentice Hall. Runco M.A. 2007. Creativity: Theories and Themes. Boston: Academic Press.

 

LMCR3212          Pemikiran Saintifik

Kursus ini memberi pencerahan kepentingan pemikiran saintifik yang merupakan asas penaakulan dalam peradaban manusia, khususnya dalam dunia akademik hari ini. Perbincangan asas dalam kursus ini menyentuh pendedahan fahaman asas tentang Sains dan Matematik, dan falsafah yang terkandung di dalamnya. Di samping itu, kursus ini juga memberi gambaran asas tentang paradigma penyelidikan, rupabentuk sesebuah penyelidikan serta asas penyelidikan berbentuk kuantitatif dan kualitatif. Selain itu, kursus ini juga menyentuh sedikit sebanyak realiti perkembangan pemikiran saintifik dalam membangunkan peradaban manusia. Pengajaran dan pembelajaran akan dilaksanakan dalam bentuk pengalaman pembelajaran, pembelajaran terarah, dan pembelajaran berpaksikan hasilan.

 

Bacaan Asas

Abdul Latif Samian. (1993). Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Latif Samian. (1997). Falsafah Matematik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Latif Samian. (2012). Memetakan Metamatik. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

Kemberelis, George (2013). Focus groups: from structured interviews to collective conversations. Abingdon, Oxon; New York, NY : Routledge, 2013.

Kvale, Steinar (1996) Interviews: An Introduction to Qualitative Research Interviewing.

London: SAGE Publications, 1996.

 

LMCR3342          Kritikan Seni Tampak

Kursus ini menyediakan pelajar dengan kemahiran mengkritik karya seni tampak sama ada dalam bentuk 2 dimensi atau 3 dimensi melalui pendekatan deskriptif, analisis, interprestasi dan penilaian. Para pelajar akan didedahkan dengan aspek-aspek asas seni lukis dan seni reka dan juga teori estetika yang membolehkan pelajar mengkritik dan menghasilkan pandangan peribadi terhadap sesuatu hasil karya seni tampak.

 

Bacaan Asas

Mohd. Johari Abd. Hamid, 2004. Falsah dan Kritikan Seni. Tanjung Malim, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris

Mohd. Johari Abd. Hamid, 2008. Apresiasi dan Kritikan Seni Visual. Tanjung Malim, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris

Ocvirk, O. G. et.all. 2012. Art Fundamentals: Theory and Practice (Edition: 12th) New York: McGraw Hill Companies, Inc.

Preble, D, Preble, S, and Frank, P.L, 2013. Prebles’ Artforms (11th Edition). New York: Pearson.

Ragans, R. 2005. Glencoe/McGraw-Hil (4 edition). New York: Glencoe/McGraw-Hil Companies, Inc

 

LMCR3302          Dimensi Cinta

Kursus ini membincangkan kepentingan cinta dalam  kehidupan manusia, di samping melihat aspek cinta yang boleh dikaji secara kualitatif dan kuantitatif. Dimensi Cinta menampilkan hikmah cinta dalam membina individu, keluarga dan masyarakat yang bahagia dan sejahtera. Kupasan konsep dan amalan cinta dari pelbagai perspektif akan dapat memberi pengetahuan dan panduan kepada masyarakat hari ini bagaimana untuk menangani masalah perpecahan dalam keluarga, keruntuhan akhlak, ketandusan kasih sayang dan cinta dalam pelbagai konteks termasuklah dalam tempat pembelajaran, rumah tangga, tempat kerja, komuniti, masyarakat, Negara dan serata dunia.

 

Bacaan Asas

Syaidatun Nazirah Abu Zahrin, Fazilah Idris dan Mohamad Sabri Haron (pnyt). 2017. Cinta Serata Alam. Selangor, Malaysia: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Syaidatun Nazirah Abu Zahrin, Fazilah Idris dan Aminuddin Basir. 2017.Cinta dan Kehidupan.

Selangor, Malaysia: Pusat Citra Universiti.

Sternberg, R. J. & Weis, K. 2006. The New Psychology of  Love. U.S.A. : Yale University Press.

Christaudo, W. & Kaplan, G. 2012. Love in the Religion of the Worlds. Newcastle, UK: Cambridge Scholars Publishing.

Al-Ghazali. 2012. Al-Ghazali Love, Intimacy & Contentment.Kitab al-Mahabba wa’l-l Shawq wa’l-Uns wa’l-Rida. The Revival of the Religious Sciences. Cambridge, UK: Islamic Texts Society.

 

Pusat Kesatria

 

LMCB3333          SUKSIS 3 (Undang-Undang dan Siasatan)

Kursus ini membincangkan undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa di Malaysia mengenai jenayah, trafik, nakotik dan komersil. Siasatan akan merujuk kepada bagaimana kesalahan berlaku dan yang dilakukan dan apakah peraturan yang sesuai untuk disabitkan. Prosedur sasatan perlu disesuaikan dengan jenis kesalahan dan juga bahan bukti yang diperoleh.

 

Bacaan Asas

Ankerl, Guy (2000). Global communication without universal civilization. INU societal research.            Vol.1: Coexisting contemporary civilizations: Arabo-Muslim, Bharati, Chinese, and        Western. Geneva: INU Press. ISBN 2-88155-004-5, 2000.

Edward W. Said, Orientalism. Western Conceptions of the Orient. With a New Afterword. London:        Penguin Books, 1995. (First edition: New York: Pantheon Books, 1978.)

Francis Fukuyama, The End of History and the Last Man. New York/Toronto: Freepress /          Maxwell Macmillan, 1992.

Hans Köchler, “Muslim-Christian Ties in Europe: Past, Present and Future,” in: IKIM Journal, vol.           7, no. 1 (January–June 1999), pp. 97–107.

Hans Köchler, Philosophical Foundations of Civilizational Dialogue. The Hermeneutics of        Cultural Self-Comprehension versus the Paradigm of Civilizational Conflict.                  International Seminar on Civilizational Dialogue (3rd: 15–17 September 1997:         Kuala Lumpur), BP171.5 ISCD. Kertas kerja persidangan / conference papers.             Kuala Lumpur: University of Malaya Library, 1997.

 

LMCB3334          PALAPES Tentera Darat Peringkat Tinggi

Kursus ini merupakan peringkat tinggi latihan PALAPES. Ia menekankan aspek pemikiran logik dan analitikal. Kursus ini berorientasikan aplikasi pengetahuan dan kemahiran praktikal elemen-elemen ketenteraan dalam kehidupan seharian. Melalui kursus ini pelajar menyasarkan dirinya untuk ditauliahkan oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai pegawai muda dalam Angkatan Tentera Malaysia.

 

Bacaan Asas

Abd Aziz Bin Zainal. T3001 Manual Taktik Tentera Darat. 2001. Kuala Lumpur. Kem Imphal.

Asisten Panglima BPS. 2010. Rancangan Pengurusan Latihan. Kuala Lumpur. Mindef.

Barkley, E.F. 2010. Student Enagment Techniques: A Handbook for College Faculty. San Francisco, CA: Jossey-Bass

Carr. D. 2013. Professionalism and ethic in teaching. London: Taylor and Francis Books Ltd.

Scott Nicholas Romaniuk & Stewart Tristan Webb. 2015. Insurgency and Counterinsurgency in Modern War. Florida. CRC Press.

 

 

Kolej Keris Mas

 

LMCR1302          Asas Pemikiran Lateral

Kursus ini memberi penjelasan mengenai kepentingan pemikiran secara lateral dalam menyelesaikan sesuatu masalah melalui pendekatan secara kreatif dan pendekatan secara tidak langsung.  Perbincangan dalam kursus ini memberi focus terhadap pemikiran lateral dalam menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif. Di samping itu, pelajar juga dapat menghasilkan produk fizikal yang dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam komuniti, khususnya dalam kalangan penghuni kolej kediaman. Selain itu, kursus ini turut memberi penekanan terhadap idea-idea kreatif serta mencabar kelaziman dalam penyelesaian masalah. Pengajaran dan pembelajaran akan dilaksanakan dalam bentuk pengalaman pembelajaran, pembelajaran terarah, dan pembelajaran berpaksikan hasilan. 

Bacaan Asas

de Bono, Edward (2015). Lateral Thinking: Creativity Step by Step. New York: Harper Perennial.

de Bono, Edward (1996). Serious Creativity: Using The Power of Lateral Thinking To Create New        Ideas. New York: HarperCollins Publishers.

de Bono, Edward (2008). Creativity Workout: 62 Exercises to Unlock Your Most Creative Ideas.              Berkeley: Ulysses Press.

Judkins, Rod (2015). The Art of Creative Thinking. London: Sceptre.

Sutton, Robert I. (2007). Weird Ideas That Work: How To Build A Creative Company. New York:             Free Press.

 

Kolej Pendeta Za’ba

 

LMCR2322          Kursus Pemikiran Kreatif dan Inovatif

Kursus ini menumpukan kepada dua aspek utama iaitu pemikiran kreatif dan pemikiran inovatif. Ia menunjuk jalan kepada pelajar bagaimana untuk meneroka pemikiran luarbiasa dengan mengutamakan pemikiran kritis sama semasa merancang, melaksana atau membuat keputusan. Di samping pemikiran secara inovatif sama ada dalam menicipta idea atau model baru. Dampak pemikiran ini dapat dilihat dalam aktiviti mereka yang berubah daripada pemikiran atau aktiviti bersifat stereotype kepada pemikiran atau aktiviti berbentuk baru.

 

 

 

Bacaan Asas

de Bono, Edward. 1973. Lateral Thinking: Creativity Step by Step. New York: Harper & Row.

Dobelli, Rolf. 2013. The Art of Thinking Clearly. London: Hodder & Stoughton Ltd.

Judkins, Rod. 2015. The Art of Creative Thinking. London: Hodder & Stoughton Ltd.

Kahnmen, Daniel. 2011. Thinking Fast and Slow. New York: Farrar, Straus and Giroux.

Nussbaun, Bruce. 2013. Creative Intelligence. New York: HarperCollins.

 

 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

 

LMCP1312          Asas Pemikiran Saintifik dalam Peradaban Manusia

Kursus ini memberi pencerahan kepentingan pemikiran saintifik yang merupakan asas penaakulan dalam peradaban manusia, khususnya dalam dunia akademik hari ini. Perbincangan asas dalam kursus ini menyentuh pendedahan fahaman asas tentang Sains dan Matematik, dan falsafah yang terkandung di dalamnya. Di samping itu, kursus ini juga memberi gambaran asas tentang paradigma penyelidikan, rupabentuk sesebuah penyelidikan serta asas penyelidikan berbentuk kuantitatif dan kualitatif. Selain itu, kursus ini juga menyentuh sedikit sebanyak realiti perkembangan pemikiran saintifik dalam membangunkan peradaban manusia. Pengajaran dan pembelajaran akan dilaksanakan dalam bentuk pengalaman pembelajaran, pembelajaran terarah, dan pembelajaran berpaksikan hasilan.

 

Bacaan Asas

Abdul Latif Samian. (1993). Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Latif Samian. (1997). Falsafah Matematik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Latif Samian. (2012). Memetakan Metamatik. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

Kemberelis, George (2013). Focus groups: from structured interviews to collective conversations. Abingdon, Oxon; New York, NY: Routledge, 2013.

Kvale, Steinar (1996) Interviews: An Introduction to Qualitative Research Interviewing.

London: SAGE Publications, 1996.

 

 

Fakulti Teknologi & Sains Maklumat

 

LMTT2013          Metodologi Pembangunan Perisian

Kursus ini bertujuan untuk memberi pengenalan kepada pelajar tentang proses penghasilan perisian yang terdapat pada masa kini. Pelajar akan didedahkan tentang bagaimana pembangunan perisian dilaksanakan dengan menggunakan teknik dan disiplin yang bersesuaian dengan perisian yang bakal dihasilkan. Berasaskan kepada pengetahuan proses perisian dan kaedah terkini dalam penghasilan perisian berkualiti, pelajar akan membangunkan aplikasi perisian dalam skop yang kecil untuk membolehkan pelajar menggunakan teori yang dipelajari dan mengaplikasi kepada pembangunan perisian yang sebenar.

 

Bacaan Asas

Sommerville, I. 2011. Software Engineering.  9th Edition. Harlow: Addison-Wesley.

Pressman, R. S. & Maxim B.R.  2014. Software Engineering: A Practitioner’s Approach, 8th          Edition, Boston: McGraw-Hill.

Pfleeger, S. L. 2009. Software Engineering: Theory and Practice. 4th Edition. New Jersey:        Prentice-Hall.

Tsui, F., Karam O. & Bernal B. 2013. Essential of Software Engineering, Third Edition. Jones &                 Bartlette Learning.

Schach, S.R. 2010. Object-oriented and Classical Software Engineering, 8th Edition. New York:               McGraw-Hill.

 

LMTT2683          Organisasi Maklumat

Kursus ini memfokus kepada organisasi maklumat menggunakan struktur klassifikasi dan penjanaan elemen metadata sebagai perwakilan. Kursus ini meliputi asas konseptual dan amali untuk menjana sistem untuk pengorganisasian dan perwakilan sumber maklumat. Kandungan kursus meliputi: aplikasi penjanaan dan penggunaan pelbagai teknik dan sistem untuk mengorganisasi dan mewakili sumber maklumat. Kursus ini memperkenalkan teori dan proses yang terlibat dalam mengorganisasi pelbagai jenis maklumat iaitu: pendeskripsian sumber maklumat dan akses, rekod bibliografik dan elemen metadata, pengkelasan, pengindeksan dan pengabstrakan termasuk organisasi fail dan pembinaan sistem capaian maklumat secara berkomputer. Kursus ini diakhiri dengan perkembangan dan isu organisasi dan capaian maklumat masa kini.

 

Bacaan Asas

Juhana Salim. Mohd Shahizan Othman & Len Ten Moi. 2008. Organisasi Maklumat. Skudai:   Universiti Teknologi Malaysia.

Arlene G Taylor; Daniel N Joudrey. 2017. The organization of information 4th edition. Westport,           Connecticut: Libraries Unlimited.

Arlene G Taylor, Daniel N Joudrey, David P Miller. 2015. Introduction to Cataloging and           Classification. Libraries Unltd Incorporated.

Dittmann, H. & Hardy, J. 2000. Learn Library of Congress Classification. Canberra: DocMatrix. (Z696.U4.D58) Koleksi Tanda Merah PTSL.

Rowley, J. & John Farrow. 2008. Organizing knowledge: an introduction to Managing Access to               Information. 4th ed. Aldershot: Gower.

 

LMTT2713          Seni Reka Grafik

Kursus ini menekankan tentang asas, proses, konsep dan bentuk seni reka grafik. Pelajar juga didedahkan dengan pembelajaran memanipulasi dan mengillustrasi imej secara hands-on dalam makmal. Keutamaan reka bentuk grafik adalah seperti format poster, brosur, muka buku, jenama, identiti korporat dan reka bentuk interaktif yang menekankan keutamaan pada aspek warna, teks, imej dan reka letak.

 

Bacaan Asas

Landa, R. 2013. Graphic Design Solutions. 5th Ed. MA: Wadsworth Cencage Learning.

Krause, J. 2015. Visual Design: Ninety-five things you need to know. CA: Peachpit.

Gyncild, B. 2012.  Adobe Photoshop CS6 Classroom in a Book. CA: Peachpit.

Adobe Creative Team. 2012. Adobe Illustrator CS6 Classroom in a Book. CA:  Peachpit.

Landa, R, 2011. The Guided Sketchbook That Teaches You How to Draw! 1st Ed. CA: Peachpit                 Press.

 

LMTT3423          Sistem Multimedia dan Aplikasi

Kursus ini memperkenalkan prinsip dan teknologi semasa sistem multimedia. Isu berkaitan persembahan, pemprosesan, pemadatan dan capaian berkesan data multimedia seperti bunyi dan muzik, grafik, imej dan video dibincangkan.  Kursus ini melibatkan pembangunan aplikasi multimedia dan antara muka berdasarkan kepada integrasi operasi sistem, rangkaian, aspek keselamatan dan teknik storan serta sinkronisasi data multimedia.  Pelajar akan memperoleh pengalaman melalui pembangunan dan implementasi beberapa komponen sistem multimedia sebagai projek kursus mereka. Teknologi web terkini dan beberapa topik lanjutan dalam penyelidikan multimedia semasa akan turut dibincang.

 

Bacaan Asas

Khalid Sayood. 2012.  Introduction to Data Compression. 4th ed.  Morgan Kaufmann.

Savage M. T. & Vogel E. K. 2013. An Introduction to Digital Multimedia. 2nd ed. Jones & Bartlett              Learning.

Tsihrintzis, A. G.  2015. Intelligent Interactive Multimedia Systems and Services in Practice.    Springer.

Vaughan, T. 2014. Multimedia: Making It Work.  9th ed. McGraw-Hill Osborne Media.

Wu Feng.  2014.  Advances in Visual Data Compression and Communication: Meeting the        Requirements of New Applications (Multimedia Computing, Communication  and Intelligence). 1st ed.  Auerbach Publications.

 

LMCR2303          Pengaturcaraan Kompetitif

Kursus ini memberi penekanan tentang kepentingan pengetahuan dan kemahiran pengaturcaraan melalui pengaplikasian algoritma yang bersesuaian dalam menyelesaikan masalah sains komputer. Perbincangan asas dalam kursus ini merangkumi kefahaman asas tentang struktur data (linear dan non-linear), algoritma, kaedah menyelesaikan masalah dan kaedah pengaturcaraan. Kursus ini seterusnya membincangkan cara untuk mengenal pasti kategori masalah, sebagai contoh masalah melibatkan matematik, string, graf dan Pengaturcaraan Dinamik; memilih algoritma yang bersesuaian; dan mengimplementasinya menggunakan bahasa pengaturcaraan C++ atau Java. Selain itu, kursus ini menyediakan platform yang sesuai untuk meningkatkan kemahiran yang diperlukan sebagai peserta pertandingan pengaturcaraan melalui pengalaman pengaturcaraan secara kompetitif dalam kumpulan kecil dan dibawah tekanan masa.

 

Bacaan Asas

Ahmed Shamsul Arefin. 2006. Art of Programming Contest, Gyankosh Prokashoni.

Halim, S., Halim, F., Skiena, S. dan Revilla, M. 2013. Competitive Programming, 3rd Edition, Lulu. Skeina, S. dan Revilla, M. 2008, Programming Challenges: The Programming Contest Training Manual,

Springer.