Pusat Pengajian Citra Universiti

 Bijaksana Untuk Memperkasa | Wisdom To Empower

Kursus Bahasa Melayu ditawarkan kepada pelajar Pascasiswazah dan Prasiswazah Antarabangsa serta wajib LULUS bagi memenuhi keperluan bergraduat.

MENU

1. Peraturan Pengambilan Kursus (klik di sini)

2. Senarai Kursus yang Ditawarkan (klik pada kod kursus)

Kod  Nama Kursus   Sasaran Pelajar
LMCM1083 Bahasa Melayu Komunikasi Antarabangsa Pascasiswazah Antarabangsa
LMCM1093  Bahasa Melayu Untuk Pelajar Nusantara Pascasiswazah Antarabangsa
LMCW2193 Bahasa Melayu Komunikasi 2 Prasiswazah Antarabangsa

3. Pengecualian Kursus (klik di sini)

4. Gerbang Bahasa Melayu (sedang dikemas kini)


Peraturan Pengambilan Kursus

  1. Semua pelajar pascasiswazah luar negara wajib mengambil dan lulus kursus bahasa Melayu. Gred kelulusan untuk para pelajar pascasiswazah ialah Gred L iaitu gred lulus sebagai syarat untuk bergraduat. Gred lulus minimum bagi pelajar prasiswazah pula ialah D.
  2. Pelajar-pelajar pascasiswazah yang tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas dalam Bahasa Melayu atau bahasa Melayu bukan bahasa utama negara pelajar (bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi) dikehendaki mengambil kursus LMCM1083. 
  3. Pelajar yang berasal dari negara yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama (penutur natif) seperti negara Singapura, Brunei Darussalam, Indonesia dan Thailand bahagian Selatan dikehendaki mengambil kursus LMCM1093.
  4. Pelajar prasiswazah luar negara yang berada dalam kategori tidak mempunyai pengetahuan asas atau yang memiliki pengetahuan asas bahasa Melayu dikehendaki mengambil kursus LMCW2193.
  5. Penawaran kursus baharu ini bermula pada Semester 1, Sesi 2019-2020.
  6. Bermula Semester 1, Sesi 2019-2020 juga, pelajar antarabangsa Universiti Kebangsaan  Malaysia hanya perlu mengambil SATU (1) kursus sahaja sama ada kursus LMCM1083 atau LMCM1093 (tertakluk kepada surat tawaran kemasukan). Walau bagaimanapun, pelajar lama atau pelajar sesi kemasukan sebelum ini masih tertakluk kepada peraturan sedia ada iaitu perlu mengambil DUA (2) kursus yang disyaratkan sama ada LMCM1013 dan LMCM1023 atau LMCM1053 dan LMCM1063 sebagai syarat untuk bergraduat.
 

Sinopsis Kursus-Kursus Bahasa Melayu

LMCM1083 Bahasa Melayu Komunikasi Antarabangsa

Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar pascasiswazah antarabangsa. Kursus ini bertujuan untuk membolehkan pelajar memperoleh kemahiran berbahasa asas yang merangkumi kemahiran mendengar, bercakap, membaca dan menulis dalam konteks kehidupan seharian menggunakan bahasa Melayu. Kursus ini menggunakan pendekatan pembelajaran interaktif, tutorial, pembelajaran kendiri dan penyertaan dalam program bahasa.

This course is offered to international postgraduate students. It aims to enable students to acquire the basic language skills of listening, speaking, reading and writing in the context of everyday use of the Malay language. This course adopts an interactive learning approach, tutorial, self learning and participation in a language programme.

 Bacaan Asas

Kamarul Afendey Hamimi. 2015. Bahasa Melayu Komunikasi. Selangor: Oxford Fajar.

Malay Phrase Book & Dictionary. 2014. Edisi Keenam. UK: Berlitz Language.

Othman Puteh, Talib Abdullah & L. Shirley. 2014. Kamus Bergambar Generasi Baharu BM-BI-BC. Edisi Kelapan. Kuala Lumpur: Oxford Fajar

Susan Keeney. 2014. Malay Pharasebook & Dictionary. US: Lonely Planet.

Thomas G.oey. 2012. Everyday Malay: Phrase Book & Dictionary. Edisi Kedua. Hong Kong: Periplus Editions

Zarina Othman, Roosfa Hashim & Rusdi Abdullah (pnyt). 2015. Modul Komunikasi Bahasa Melayu Antarabangsa. Bangi Selangor: Penerbit UKM.

[Kembali ke atas]


LMCM1093 Bahasa Melayu Untuk Pelajar Nusantara

Kursus Bahasa Melayu Malaysia untuk Pelajar Nusantara ini ditawarkan kepada semua pelajar pascasiswazah antarabangsa dari Nusantara. Pelajar luar Nusantara yang memiliki kemahiran yang setara juga boleh mengikuti kursus ini. Kursus ini bertujuan untuk melatih pelajar memperoleh kemahiran lisan, bertulis dan berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu gaya Malaysia yang baik dan betul. Pelajar akan dilatih untuk menggunakan bahasa Melayu dengan sewajarnya mengikut konteks dan situasi di Malaysia untuk memberi komen, tafsiran dan pendapat maklumat penting berdasarkan pelbagai sumber. Pelajar juga diberikan latihan asas dalam menulis surat rasmi dan laporan. Kursus ini menggunakan tutorial, pendekatan pembelajaran interaktif, pembelajaran kendiri dan penyertaan dalam aktiviti khidmat sosial.

This course is offered to all international postgraduate students from Nusantara.This course is also offered to those students with similar proficiency from outside of Nusantara. It aims to train students to acquire the verbal, written and communication skills using good and correct Malay language to use. Students will be coached to use Malay language appropirately according to Malaysian context and situation to provide critical information comments, interpretations and opinions based on various resources. Students are also given basic training in writing formal letters and reports. This course adopts an interactive learning approach, tutorials, self-learning and paricipation in a social service activity.

Bacaan Asas

Asmah Haji Omar.  Penggunaan Bahasa Dalam Surat Rasmi Bahasa Dalam Komunikasi.  2016. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lee Lai Foon dan Raja Masittah Raja Ariffin.  2016. Petunjuk Bahasa.  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Modul Asas Tatabahasa dan Asas Penulisan Dokumen Rasmi.  2016.  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood.  2016. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu.  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rusdi Abdullah.  2016. Kamus Kata Bahasa Melayu Malaysia – Bahasa Indonesia.  Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zulkifli Mohd Top.  2017. Menajamkan Tatabahasa.  Kuala Lumpur:  Dewan Bahasa dan Pustaka.

[Kembali ke atas]

.

LMCW2193 Bahasa Melayu Komunikasi 2

Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar prasiswazah antarabangsa. Kursus ini melatih pelajar antarabangsa untuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu asas yang meliputi situasi kehidupan harian. Pelajar akan diperkenalkan dengan pertuturan dan penulisan Bahasa Melayu mudah. Pengajaran dan pembelajaran akan dilaksanakan dalam bentuk kuliah, tutorial dan pengalaman pembelajaran pelajar di dalam dan di luar kelas. Pada akhir kursus ini, pelajar diharapkan dapat berkomunikasi dan menulis menggunakan ayat mudah dengan menggunakan tatabahasa yang betul.

This course is offered to international undergraduate students. This course trains students to communicate in basic Malay language in  daily  situations. Students will be introduced to speak and write in Malay language. Teaching and learning will be conducted in the form of lectures, tutorials and learning experiences inside and outside classroom. At the end of this course, students should be able to communicate and write effectively using simple sentences with correct grammar in Malay language.

Bacaan Asas

Mat Zaid Hussein, Samsur Rijal Yahaya, Ahmad Sabri Abdul Samad, Norizah Hassan dan Norfaizal Jamain. 2018. Efektif Bahasa Melayu Asas.  Kuala Lumpur : Universiti Malaya.

Zulkifli Mohd Top.2017. Menajamkan Tatabahasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Norliza Jamaluddin. 2015. Perlakuan Kata Sifat Berasaskan Data Korpus Berkomputer. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Napisah Mohamad. 2014. Siri kemahiran Berbahasa  : Proses Penerbitan Ayat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zarina Othman, Roosfa Hashim & Rusdi Abdullah. 2012. Modul Komunikasi Pelajar Prasiswazah Antarabangsa. Penerbit UKM.

[Kembali ke atas]


Pengecualian Kursus

a) Borang Pengecualian Kursus

https://www.ukm.my/citra/wp-content/uploads/2020/06/Borang-permohonan-pengecualian-kursus-BM.pdf

b) Tatacara Permohonan

1. Isi borang dengan maklumat pelajar.

2. Sila buat pembayaran wang proses kepada pihak Bendahari UKM sebanyak RM100 untuk satu kursus. (https://www.ukm.my/citra/wp-content/uploads/2022/10/1.-Maklumat-Bank-International-Money-Transfer.pdf)

3. Sila scan dan emel  kepada  aziela@ukm.edu.my

a) Borang pengecualian  Kursus Bahasa Melayu.
b) Surat tawaran kemasukan ke UKM
c) Resit daripada pihak Bendahari UKM.
d) Semua pembuktian berkaitan transkrip Bahasa Melayu yang mempunyai pengesahan salinan yang sah.

4. Setelah semua perkara di atas diterima oleh pihak CITRA, permohonan saudara/saudari akan diproses.

[Kembali ke atas]