Kursus Bahasa Inggeris

 

Peraturan Umum Pengambilan Kursus Bahasa Inggeris (format ringkas)

Untuk Pelajar Kemasukan 2019-2020:
Struktur Penawaran Kursus Bahasa Inggeris

Untuk Pelajar Kemasukan 2018-2019 dan 2017-2018:
Senarai Kursus Bahasa Inggeris Setara
(menggantikan kursus yang tidak lagi ditawarkan)

Pertanyaan

 


 

Peraturan Umum Pengambilan Kursus Bahasa Inggeris (format ringkas)

 

1. Pelajar pengambilan Sesi 2021-2022 WAJIB melengkapkan jumlah kredit kursus bahasa Inggeris untuk memenuhi syarat bergraduat seperti berikut:
i) 7 kredit (MUET tahap 1, 2.0  dan 2.5)
ii)5 kredit (MUET tahap 3.0, 3.5, 4.0, 4.5, 5.0 dan 5+)
(Rujuk Struktur Penawaran Kursus Bahasa Inggeris Sesi 2021-2022).

 

2. Pelajar yang belum menduduki Ujian MUET perlu menduduki ujian CBET Interim sebelum dibenarkan mendaftar mana-mana kursus bahasa Inggeris yang sesuai. Pelajar boleh menghubungi      Ketua Citra Bahasa Inggeris, Pusat Pengajian Citra Universiti (PPCU) melalui emel, mazidah@ukm.edu.my.

 

3. Pelajar yang mempunyai kelulusan IELTS, TOEFL atau sijil kelulusan bahasa Inggeris yang lain boleh mendaftar kursus bahasa Inggeris dengan mengemukakan bukti kelulusan kepada Ketua        Citra Bahasa Inggeris, PPCU.

 

4. Pelajar yang belum menduduki Ujian MUET dan tidak memperoleh keputusan peperiksaan yang setara (TOEFL/IELTS atau sijil kelulusan lain), hanya boleh mendaftar kursus bahasa Inggeris      setelah menduduki ujian CBET Interim.

 

5. Pelajar-pelajar lulusan berikut layak memohon pemindahan kredit secara menegak:

i) Diploma (Politeknik dan Kolej IPTA/IPTS/Institusi Luar Negara); atau
ii)Diploma IB (International Baccalaureate).
Bagi permohonan pemindahan kredit secara menegak, pelajar perlu mengisi Borang Pemindahan Kredit Secara Menegak. Permohonan perlu dibuat melalui Pusat Pengurusan Akademik                  (Akademik-UKM).

 

6. Pelajar-pelajar juga layak memohon pemindahan kredit secara mendatar sekiranya:

i) pelajar telah mengikuti program ijazah sarjana muda di institusi lain;
ii) pelajar bertukar program pengajian di UKM; dan
iii) pelajar mengikuti program pertukaran pelajar (mobiliti) di luar negara.
Bagi permohonan pemindahan kredit kursus, pelajar perlu mengisi Borang Pemindahan Kredit Secara Mendatar. Permohonan perlu dibuat terus di Pusat Citra Universiti.

 

7. Kursus yang boleh dipohon untuk pemindahan kredit adalah kursus bahasa Inggeris tahun satu sahaja iaitu LMCE1042, LMCE1062, LMCE1072 atau LMCE1082; bergantung kepada              kursus yang perlu diambil (rujuk Struktur Penawaran Kursus Bahasa Inggeris Sesi 2021-2022). Kelulusan permohonan tertakluk kepada pertimbangan PPCU.

 

8. Pelajar yang membuat permohonan pemindahan kredit PERLU mendapat pengesahan dari Pusat Pengurusan Akademik (Akademik-UKM) terlebih dahulu .

 

9. Bagi permohonan pemindahan kredit yang tidak diluluskan oleh Akademik- UKM, pelajar perlu mendaftar kursus bahasa Inggeris pada Semester II sesi

 

10. Bagi permohonan yang diluluskan, pelajar hanya perlu melengkapkan:
i) 5 kredit (MUET tahap 0, 2.0 dan 2.5)
ii) 3 kredit (MUET tahap 0, 3.5, 4.0, 4.5, 5.0 dan 5+)
yang diperlukan untuk bergraduat (rujuk Struktur Penawaran Kursus Bahasa Inggeris Sesi 2021-2022).

 

11. Pelajar wajib mengambil dan lulus kursus bahasa Inggeris yang ditetapkan sebelum mendaftar kursus bahasa Inggeris yang seterusnya. Pelajar yang mendapat gred E perlu mengulang kursus        tersebut.

 

[Kembali ke Atas]

Senarai Penawaran Kursus Bahasa Inggeris Mengikut Tahap MUET

 

Kursus Bhs Inggeris PPCU Mengikut Tahap MUET 2021-2022

Struktur Penawaran Kursus Bahasa Inggeris untuk Pelajar Kemasukan 2019-2020

      Senarai Kursus Bahasa Inggeris Setara (menggantikan kursus yang tidak lagi ditawarkan)
         Untuk Pelajar Kemasukan 2018-2019 dan 2017-2018

MUET Tahap 1 (5 kredit) [Kembali ke Atas]

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

MUET Tahap 2 & 3 (5 kredit) [Kembali ke Atas]

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

MUET Band 4, 5 dan 6 (5 kredit) [Kembali ke Atas]

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Untuk Pelajar SMSC Kemasukan 2018-2019 [Kembali ke Atas]

 

 

 

 

 

Pertanyaan [Kembali ke Atas]

Untuk sebarang pertanyaan tentang kursus Bahasa Inggeris,
sila muat turun dan isi Borang Pertanyaan Kursus Bahasa Inggeris
dan hantar sebagai lampiran (attachment) kepada: amirismail@ukm.edu.my