Pusat Pengajian Citra Universiti |  Bijaksana untuk Memperkasa

Pusat Pengajian Citra Universiti UKM

CITRA UKM

MALIM: JURNAL PENGAJIAN UMUM ASIA TENGGARA

MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara ialah jurnal terbuka, berindeks and berwasit yang diterbitkan oleh Pusat Pengajian Citra Universiti (CITRA UKM), Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal ini menyediakan platform untuk perbincangan dan perkongsian ilmu dalam bidang pengajian umum serta bidang rentas disiplin yang pelbagai dan luas. Jurnal ini komited dalam menerbitkan masalah kajian asal dan ulasan kajian sistematik dalam bahasa Melayu serta bahasa Inggeris. Antara cakupan bidang yang dibahaskan dalam jurnal ini ialah (tidak terhad kepada):

  • Nilai, Etika, Keagamaan dan Falsafah
  • Ketamadunan, Hubungan Etnik, Seni, Kesusasteraan dan Kemanusiaan
  • Sains, Teknologi, Kelestarian dan Masyarakat
  • Pendidikan, Bahasa, Budaya serta Pengurusan
  • serta bidang-bidang lain yang berkaitan dengan pengajian umum dan rentas disiplin.

E-ISSN

2289-5183

ISSN

1511-8398

PENERBIT

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

JENIS PENERBITAN

Bercetak dan elektronik

KEKERAPAN PENERBITAN

1 kali setahun

LAMAN SESAWANG JURNAL

https://ejournal.ukm.my/malim

HUBUNGI

Ketua Editor MALIM - Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara Pusat Pengajian Citra UKM (CITRA-UKM) 43600 Bangi, Selangor Emel: jmalim@ukm.edu.my