Kursus Wajib Universiti
Taraf kursus adalah CW dan kursus ini ditawarkan oleh Fakulti Pengajian Sains Citra (FPSC).
Pelajar perlu lulus dan melengkapkan 10 kredit.
Kursus Wajib Universiti adalah seperti dibawah.
Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan keusahawanan kepada semua pelajar UKM. Objektif utama adalah untuk memberi ilmu asas keusahawanan kepada pelajar, serta mendorong pelajar UKM untuk menceburi bidang keusahawanan sebagai salah satu pilihan kerjaya yang patut diberi perhatian. Konsep dan teori keusahawanan meliputi pembinaan pasukan dan kepimpinan, strategi dan pengurusan, pemasaran dan kajian pasaran, kewangan, pembuatan/penghasilan serta kemahiran pembentangan lisan akan diajar. Kaitan antara pelbagai komponen perniagaan yang diajar digarap melalui simulasi perniagaan yang akan dijalankan oleh pelajar, secara individu dan juga berkumpulan. Pelajar juga akan mengadakan perbincangan dan membentangkan satu rancangan perniagaan.
This course aims to introduce to an entrepreneurship to all UKM students. Its main objective is to provide basic knowledge of entrepreneurship to the students and to encourage them to choose business as their career option. The concepts and theory of entrepreneurship that include team building (teaming) and leadership, strategy and management, marketing and market research, finance, manufacturing or production and oral presentation will be taught. Students will apply the link between various business components taught in the course individually and in groups. Students will also have discussions and present a business plan.
Kursus ini merangkumi konsep asas rasuah termasuk nilai integriti, bentuk perlakuan rasuah, salah guna kuasa dalam aktiviti seharian dan organisasi serta kaedah pencegahan rasuah. Kes berkaitan rasuah juga dibincangkan. Kaedah pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dalam bentuk ‘pembelajaran berdasarkan pengalaman’ melalui aktiviti individu dan kumpulan. Di akhir kursus ini, pelajar dapat memahami amalan integriti, konsep rasuah dan salah guna kuasa serta pencegahan rasuah dalam masyarakat dan organisasi.
This course covers the basic concept of corruption including the value of integrity, forms of corruption, abuse of power in daily activities and organizations as well as ways to prevent corruption. Cases related to corruption are discussed. Teaching and learning methods are implemented in the form of ‘experiential learning’ through individual and group activities. At the end of this course, students are able to understand the practice of integrity, the concept of corruption and abuse of power as well as the prevention of corruption in society and organizations.
Bacaan Asas
Kursus ini membincangkan prinsip-prinsip etika yang berkaitan dengan pembangunan
dan aplikasi kecerdasan buatan (AI). Dengan perkembangan pesat teknologi AI, timbul pelbagai persoalan moral dan tanggungjawab, seperti privasi data, bias algoritma,
ketelusan, dan impak sosial. Kursus ini menganalisis cabaran etika dan menawarkan
pendekatan untuk membuat keputusan beretika dalam pembangunan teknologi. Pelajar
akan didedahkan kepada kes-kes kajian sebenar, kerangka dasar antarabangsa, dan
prinsip pembangunan mampan, sekaligus memperkukuhkan keupayaan mereka untuk
merumuskan penyelesaian yang bertanggungjawab dalam dunia digital.
This course examines the ethical principles underlying the development and application
of artificial intelligence (AI). As AI technology evolves rapidly, it raises critical moral
and accountability questions, including those related to data privacy, algorithmic bias,
transparency, and social impact. The course examines ethical challenges and introduces
frameworks for ethical decision-making in technology development. Students will
engage with real-world case studies, international policy frameworks, and sustainable
development principles, enhancing their ability to propose responsible solutions in the
digital era.
Bacaan Asas
Kursus ini menjelaskan asas dan kerangka pemikiran falsafah yang mendasari pembinaan
masyarakat Malaysia, dengan menekankan gagasan utama seperti Rukun Negara, Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Sejahtera, dan Falsafah MADANI. Penggunaan
analisis falsafah sebagai alat berfikir diperkenalkan sebagai pendekatan intelektual yang sistematik dalam memahami serta menangani pelbagai cabaran kehidupan semasa. Melalui
pendedahan kepada komponen-komponen utama ilmu falsafah, pelajar akan dididik untuk
menganalisis isu-isu kontemporari serta mengembangkan keupayaan berfikir secara kritis
dan reflektif. Di akhir kursus, pelajar diharapkan mampu menilai serta merumus strategi
berasaskan pendekatan falsafah bagi mendepani cabaran masa depan dan seterusnya
menyumbang kepada pembentukan masyarakat Malaysia yang inklusif, sejahtera dan
berpandangan jauh.
This course explains the foundations and framework of philosophical thought that
underpins the development of Malaysian society, by emphasizing key ideas such as
the Rukun Negara (the National Principles), the Philosophy of National Education,
the Philosophy of Sejahtera, and the Philosophy of MADANI. The use of philosophical
analysis as a thinking tool is introduced as a systematic intellectual approach in
understanding and addressing the various challenges of current life. Through exposure
to the main components of philosophical knowledge, students will be educated to analyze
contemporary issues and develop the ability to think critically and reflectively. At the
end of the course, students are expected to be able to evaluate and formulate strategies
based on a philosophical approach to face future challenges and thus contribute to the
formation of an inclusive, prosperous and far-sighted Malaysian society.
Bacaan Asas
Muhammad, A. (Peny.). (2022). Modul Falsafah dan Isu Semasa [Modul Infografik].
Islamic and Strategic Studies Institute, International Islamic University Malaysia.
Solomon, R.C. & Higgins, K.M. (2010). The Big Questions: A Short Introduction to
Philosophy (8th Ed.). Cengage Learning.
Hospers, J. (1997). An Introduction to Philosophical Analysis (4th Ed.). Routledge.
Mitchell, H.B. (2011). Roots of Wisdom: A Tapestry of Philosophical Traditions (6th
Ed.). Cengage Learning.
Osman Bakar (1999). The Classification of Knowledge in Islam. Islamic Texts Society.
Julian Baggini (2019). How the World Thinks: A Global History of Philosophy. Granta.
Nagel, Thomas. (1987). What Does It All Mean? A Very Short Introduction to Philosophy.
Oxford University Press.
Al-Attas, S.M.N. (1991). The Concept of Education in Islam. ISTAC.
Floridi, Luciano. (2021). The Logic of Information: A Theory of Philosophy as Conceptual
Design. Oxford University Press.
Sardar, Ziauddin. (2010). Welcome to Postnormal Times. Futures, 42(5), 435–444.
Kursus ini meneroka asas pembentukan dan pembangunan negara bangsa Malaysia
yang menekankan kepada elemen kenegaraan, sejarah interaksi etnik, dan keunikan
masyarakat Malaysia. Kursus ini turut membincangkan kerangka teori perpaduan, konsep negara bangsa, serta visi Bangsa Malaysia Idaman yang berpaksikan nilai Rukun Negara,
Wawasan 2020, Malaysia Madani, dan inisiatif nasional lain. Selain itu, kursus ini memberi
pendedahan kepada pelajar tentang realiti semasa merangkumi sentimen kewilayahan
dan keserantauan serta cabaran dalam membina masyarakat yang harmoni dan inklusif.
Penekanan turut diberikan kepada pengaruh dan kesan teknologi serta perubahan iklim
terhadap aspirasi pembangunan negara bangsa, selari dengan agenda pembangunan lestari
(SDG). Pengajaran dan pembelajaran (PdP) kursus akan memperkukuh pemahaman pelajar
tentang aspirasi Malaysia sebagai sebuah negara progresif dan toleran, menitikberatkan
nilai sepunya seperti muhibah, penerimaan, keharmonian, dan perkongsian nilai bersama.
This course explores the foundation of the formation and development of the Malaysian
nation-state emphasizing elements of nationhood, the history of ethnic interaction, and
the uniqueness of Malaysian society. This course also discusses the theoretical framework
of unity, the concept of the nation state, as well as the vision of the Ideal Malaysian
Nation centred on the values of Rukun Negara, Vision 2020, Civil Malaysia, and other
national initiatives. In addition, this course exposes students to contemporary realities,
including regional and sub-regional sentiments as well as the challenges in building a
harmonious and inclusive society. Emphasis is also given to the influence and impact
of technology and climate change on the nation-building aspirations, in line with the
Sustainable Development Goals (SDGs). The teaching and learning (PdP) of the course
will strengthen students' understanding of Malaysia's aspirations as a progressive and
tolerant country, emphasizing common values such as goodwill, acceptance, harmony,
and sharing common values.
Bacaan Asas
Hairol Anuar Mak Din, Shamrahayu Ab. Aziz dan Mohd Mahadee Ismail. (2024).
Penghayatan Etika dan Peradaban, Memahami Asas dan Kedinamika Negara Bangsa
Malaysia, Penerbit Universiti Islam Selangor
Mansor Mohd Noor. (2021). Changing Ethnic Boundary, Social Differentiation and the
Malaysia Stability, Universiti Kebangsaan Malaysia
Mohd Rahimi Ramli, Muhammad Shamsinor Abdul Azzis dan Noor Ain Mat Noor.
(2023). Penghayatan Etika dan Peradaban, UM Press
Wan Ahmad Fauzi, Wan Husain and Mohamed Anwar, Omar Din (2024) Watan bangsa
Malaysia. Selangor: Abad Sinergi Sdn Bhd. dan Penerbit UMPSA.
Zulkifli Salleh. (2024). Negara Bangsa Malaysia, Gerakan Nasionalisme, Perjuangan
Politik dan Dasar Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan keusahawanan kepada semua pelajar UKM. Objektif utama adalah untuk memberi ilmu asas keusahawanan kepada pelajar, serta mendorong pelajar UKM untuk menceburi bidang keusahawanan sebagai salah satu pilihan kerjaya yang patut diberi perhatian. Konsep dan teori keusahawanan meliputi pembinaan pasukan dan kepimpinan, strategi dan pengurusan, pemasaran dan kajian pasaran, kewangan, pembuatan/penghasilan serta kemahiran pembentangan lisan akan diajar. Kaitan antara pelbagai komponen perniagaan yang diajar digarap melalui simulasi perniagaan yang akan dijalankan oleh pelajar, secara individu dan juga berkumpulan. Pelajar juga akan mengadakan perbincangan dan membentangkan satu rancangan perniagaan.
This course aims to introduce to an entrepreneurship to all UKM students. Its main objective is to provide basic knowledge of entrepreneurship to the students and to encourage them to choose business as their career option. The concepts and theory of entrepreneurship that include team building (teaming) and leadership, strategy and management, marketing and market research, finance, manufacturing or production and oral presentation will be taught. Students will apply the link between various business components taught in the course individually and in groups. Students will also have discussions and present a business plan.
Kursus ini merangkumi konsep asas rasuah termasuk nilai integriti, bentuk perlakuan rasuah, salah guna kuasa dalam aktiviti seharian dan organisasi serta kaedah pencegahan rasuah. Kes berkaitan rasuah juga dibincangkan. Kaedah pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dalam bentuk ‘pembelajaran berdasarkan pengalaman’ melalui aktiviti individu dan kumpulan. Di akhir kursus ini, pelajar dapat memahami amalan integriti, konsep rasuah dan salah guna kuasa serta pencegahan rasuah dalam masyarakat dan organisasi.
This course covers the basic concept of corruption including the value of integrity, forms of corruption, abuse of power in daily activities and organizations as well as ways to prevent corruption. Cases related to corruption are discussed. Teaching and learning methods are implemented in the form of ‘experiential learning’ through individual and group activities. At the end of this course, students are able to understand the practice of integrity, the concept of corruption and abuse of power as well as the prevention of corruption in society and organizations.
Bacaan Asas
Kursus ini membincangkan prinsip-prinsip etika yang berkaitan dengan pembangunan
dan aplikasi kecerdasan buatan (AI). Dengan perkembangan pesat teknologi AI, timbul pelbagai persoalan moral dan tanggungjawab, seperti privasi data, bias algoritma,
ketelusan, dan impak sosial. Kursus ini menganalisis cabaran etika dan menawarkan
pendekatan untuk membuat keputusan beretika dalam pembangunan teknologi. Pelajar
akan didedahkan kepada kes-kes kajian sebenar, kerangka dasar antarabangsa, dan
prinsip pembangunan mampan, sekaligus memperkukuhkan keupayaan mereka untuk
merumuskan penyelesaian yang bertanggungjawab dalam dunia digital.
This course examines the ethical principles underlying the development and application
of artificial intelligence (AI). As AI technology evolves rapidly, it raises critical moral
and accountability questions, including those related to data privacy, algorithmic bias,
transparency, and social impact. The course examines ethical challenges and introduces
frameworks for ethical decision-making in technology development. Students will
engage with real-world case studies, international policy frameworks, and sustainable
development principles, enhancing their ability to propose responsible solutions in the
digital era.
Bacaan Asas
Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar prasiswazah antarabangsa. Kursus ini melatih
pelajar antarabangsa untuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu asas yang meliputi
situasi kehidupan harian. Pelajar akan diperkenalkan dengan pertuturan dan penulisan
bahasa Melayu mudah. Pengajaran dan pembelajaran akan dilaksanakan dalam bentuk
kuliah, tutorial dan pengalaman pembelajaran pelajar di dalam dan di luar kelas. Pada
akhir kursus ini, pelajar diharapkan dapat berkomunikasi dan menulis menggunakan ayat
mudah dengan menggunakan tatabahasa yang betul.
This course is offered to international undergraduate students. This course trains students
to communicate in basic Malay language in daily situations. Students will be introduced
to speak and write in Malay language. Teaching and learning will be conducted in the
form of lectures, tutorials, and learning experiences inside and outside classroom. At the
end of this course, students should be able to communicate and write effectively using
simple sentences with correct grammar in Malay language.
Bacaan Asas
Adbullah Hassan,Mardian Shah Omar,Hasmidar Hassan (2023). Strategi Pengajaran
Bahasa Melayu Untuk Penutur Asing. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Arina Johari, Nurul Jamilah Rosly, Mohamad Zuber Ismail, Akhmal Hakim Mohamad
(2021). Bahasa Melayu Untuk Penutur Asing (Modul Intensif Penutur Jepun).
Penerbit P & C Pekan Centre. Khairuddin Mohamad (2021). Bahasa Melayu Kontektual.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd.
Mazlina Ahmad dan Nor Rohana Mansor (2021). Bahasa Melayu Komunikatif Untuk
Penutur Asing. Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.
Mat Zaid Hussein, Samsur Rijal Yahaya, Ahmad Sabri Abdul Samad, Norizah Hassan dan
Norfaizal Jamain. 2018. Efektif Bahasa Melayu Asas. Kuala Lumpur: Universiti
Malaya.
This course offers a comprehensive introduction to Malaysia, encompassing its historical
evolution, geographical diversity, cultural richness, and socio-political development.
Students will explore the formation of modern Malaysia, its multicultural society,
linguistic diversity, and unique traditions rooted in its ethnic and religious plurality. The
course also highlights Malaysia’s traditional arts and heritage, including UNESCOrecognized
elements. Students will gain foundational knowledge of Malaysia’s political
and government systems, federal structure, and constitutional monarchy. In addition, the
course examines the transformation of Malaysia’s economy, key industrial sectors, and
current challenges within the digital and sustainable development contexts. Malaysia’s
prominence as an international tourism hub and its global achievements in diplomacy,
sports, and trade are also emphasized. The final section of the course focuses on Malaysia’s
future prospects, particularly concerning smart cities, climate change, youth engagement,
and innovation. Through this course, students will develop a well-rounded understanding
of Malaysia’s national identity and its evolving role on the world stage. Teaching and
learning process through experiential learning, lecture and assignment enables students
to acquire knowledge and appreciate the reality of life in Malaysia.
Kursus ini menawarkan pengenalan komprehensif kepada Malaysia, merangkumi
evolusi sejarah, kepelbagaian geografi, kekayaan budaya, dan perkembangan sosiopolitiknya.
Pelajar akan meneroka pembentukan Malaysia moden, masyarakat pelbagai budaya, kepelbagaian bahasa, dan tradisi unik yang berakar umbi dalam pluraliti etnik
dan agamanya. Kursus ini juga mengetengahkan seni dan warisan tradisional Malaysia,
termasuk elemen yang diiktiraf oleh UNESCO. Pelajar akan memperoleh pengetahuan
asas tentang sistem politik dan kerajaan Malaysia, struktur persekutuan, dan monarki
berperlembagaan. Di samping itu, kursus ini mengkaji transformasi ekonomi Malaysia,
sektor perindustrian utama, dan cabaran semasa dalam konteks pembangunan digital
dan lestari. Keutamaan Malaysia sebagai hab pelancongan antarabangsa dan pencapaian
globalnya dalam diplomasi, sukan, dan perdagangan juga ditekankan. Bahagian terakhir
kursus ini memberi tumpuan kepada prospek masa depan Malaysia, terutamanya mengenai
bandar pintar, perubahan iklim, penglibatan belia, dan inovasi. Melalui kursus ini, pelajar
akan membangunkan pemahaman yang menyeluruh tentang identiti nasional Malaysia
dan peranannya yang berkembang di pentas dunia. Proses pengajaran dan pembelajaran
melalui pembelajaran berasaskan pengalaman, kuliah dan tugasan membolehkan pelajar
memperoleh pengetahuan dan menghargai realiti kehidupan di Malaysia.
Bacaan Asas
Adnan A. Hezri. 2021. The Sustainability Shift: Refashioning Malaysia’s Future, Areca
Books
Berbar, Henry & Mamell, Florent. 2024. Journey Through Malaysia. HBL Network
Creative Solutions.
Bowden, David. 2025. Enchanting Malaysia. John Beaufoy Publishing Ltd (GB).
Harding, Andrew. 2022. The Constitution of Malaysia, 2nd Edition. Bloomsbury
Publishing
Kalai Vani Kalimuthu, Vikniswari Vija Kumaran, Foo Chuan Chew, Thurai Murugan
Nathan, Muhammad Baqir bin Abdullah, Siti Nurul Munawwarah & Mohd Khairi
Ismail. 2025. Malaysian Economy. SJ Learning.
King, Victor. 2021. Malaysia - Culture Smart! : The Essential Guide to Customs & Culture
(Culture Smart!). Kuperard (US).
Nor Zaini Zainal Abidin, Asri Salleh, Ilyas Abdullah & Nor Farizah Johari. 2024.
Government and Politics. UiTM Press.
Siew-Voon Soon, Mohammad Mafrukhin Mokhtar Chee-Wooi Hooy & Kim-Leng Yeah.
2024. EmpoweringCommunities for Sustainable Financial Well-Being in Malaysia.
UM Press.
Tan, W., Brown, L. & Ferrarese, M. 2024. Lonely Planet Malaysia, Singapore & Brunei:
Detailed Itineraries. Lonely Planet Global Limited (GB)