Struktur Pendidikan Citra

Struktur Penawaran Kursus Pendidikan Citra Sesi Akademik 2017-2018

1. Pelajar baru yang mula mendaftar Semester I Sesi Akademik 2017-2018 perlu lulus dan melengkapkan:

  • 30 unit kredit Kursus Pendidikan Citra untuk tujuan pengijazahan bagi pelajar Program Profesional iaitu melibatkan Fakulti Undang-Undang, Fakulti Kesihatan, Fakulti Farmasi, Fakulti Pergigian, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Fakulti Perubatan dan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (Program Perakaunan);
  • 30 unit kredit Kursus Pendidikan Citra untuk tujuan pengijazahan bagi pelajar Program Berasaskan Model 2u2i & Model 3u1i iaitu melibatkan Fakulti Sains dan Teknologi (Program Bioteknologi dan Pengurusan, Program Oleokimia, Program Sains Sekitaran, Program Kimia, Program Teknologi Kimia, Program Bioinformatik & Program Sains Makanan dengan Pengurusan Perniagaan).
  • 40 unit kredit Kursus Pendidikan Citra untuk tujuan pengijazahan bagi pelajar Program Bukan Profesional dan Program yang mempunyai Program Standard iaitu melibatkan Fakulti Pengajian Islam, Fakulti Pendidikan, Fakulti Sains dan Teknologi (kecuali Program Bioteknologi dan Pengurusan, Program Oleokimia, Program Sains Sekitaran, Program Kimia, Program Teknologi Kimia, Program Bioinformatik & Program Sains Makanan dengan Pengurusan Perniagaan), Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan dan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (kecuali Program Perakaunan).

 

2. Kursus Pendidikan Citra bagi Program Profesional dan Program Berasaskan Model 2u2i & Model 3u1i terbahagi kepada tiga (3) komponen iaitu:

  • Kursus Wajib Universiti – 10 kredit
  • Kursus Citra Universiti Luar Fakulti – minimum 10 kredit
  • Kursus Citra Universiti Yang Disetarakan – maksimum 10 kredit

 

3. Kursus Pendidikan Citra bagi Program Bukan Profesional terbahagi kepada tiga (3) komponen iaitu:

  • Kursus Wajib Universiti – 10 kredit
  • Kursus Citra Universiti Luar Fakulti – minimum 20 kredit
  • Kursus Citra Universiti Yang Disetarakan – maksimum 10 kredit

 

4. Kursus Wajib Universiti – Taraf kursus adalah CW dan kursus ini ditawarkan oleh Pusat Citra Universiti. Pelajar perlu lulus dan melengkapkan 10 kredit. Kursus Wajib Universiti adalah :

4.1       Bagi pelajar Warganegara

  • LMCW1022 – Asas Keusahawanan dan Inovasi (2 kredit)
  • LMCW2163 – Tamadun Islam dan Tamadun Asia (3 kredit
  • LMCW2173 – Hubungan Etnik (3 kreditt
  • LMCW2022 – Pengurusan & Analitik Data (2 kredit)

4.2       Bagi pelajar Bukan Warganegara

  • LMCW1022 – Asas Keusahawanan dan Inovasi (2 kredit)
  • LMCW2183 – Pengajian Malaysia 3 (3 kredit)
  • LMCW2193 – Bahasa Melayu Komunikasi 2 (3 kredit)
  • LMCW2022 – Pengurusan & Analitik Data (2 kredit)

 

Kursus Citra Universiti – Taraf kursus adalah C1, C2, C3, C4, C5 & C6. Pelajar perlu melengkapkan keperluan kredit minimum mengikut Citra seperti rajah dibawah:

Domain CitraProgram Bukan Profesional
(Kredit Minimum per domain)
Program Profesional
(Kredit Minimum per domain)
Citra 1 – Citra Etika, Kewarganegaraan & Ketamadunan44
Citra 2 – Citra Bahasa, Komunikasi & Literasi44
Citra 3 – Citra Kuantitatif & Kualitatif22
Citra 4 – Citra Kepimpinan, Keusahawanan & Inovasi22
Citra 5 – Citra Sains, Teknologi dan Kelestarian22
Citra 6 – Citra Kekeluargaan, Kesihatan dan Gaya Hidup22

* Baki keperluan kredit Kursus Citra mengikut domain adalah ditentukan oleh pelajar. Pelajar bebas memilih sendiri mana-mana kursus yang bertaraf Kursus Citra melalui mana-mana Domain Citra.