Syarahan Umum FST “Merungkai Misteri Lohong Hitam”

Semua dijemput menyertai Syarahan Umum FST yang bertajuk, “Merungkai Misteri Lohong Hitam” bersama YBhg. Prof. Madya Dr. Adlyka Ainur Annuar pada 11 September 2020 (Jumaat), jam 9.00 pagi secara talian melalui Aplikasi Zoom dan Facebook (sila klik icon dibawah)

 

 

1. Apa itu Lohong Hitam?
2. Bagaimana Lohong Hitam terbentuk?
3. Bolehkah Lohong H?itam “MEMAKAN” Bumi?
4. Apakah terjadi jika kita masuk ke dalam Lohong Hitam?

Prof. Madya Dr. Nur Adlyka Ainur Annuar, pensyarah Jab. Fizik Gunaan, FST UKM telah mengetuai penyelidikan antarabangsa yang menemui dua lohong hitam supermasif tersembunyi, dan antara dua lohong hitam supermasif paling lemah pernah dijumpai dalam galaksi berdekatan kita. Berita tentang penemuan ini telah dilaporkan dalam laman web kolaborasi teleskop NuSTAR yang diterajui oleh California Institute of Technology (Caltech) USA, dan dikendalikan oleh NASA. Ini merupakan penemuan kedua yang diketuai oleh Dr. Adlyka. Pada tahun 2017, beliau turut mengetuai kajian yang menemui lohong hitam supermasif berlainan dalam sebuah galaksi berdekatan. Dr. Adlyka telah menerima beberapa anugerah dan pengiktirafan atas kejayaan dalam bidang astrofizik.