PUSAT PENGURUSAN AKADEMIK

 Centre for Academic Management

Pengenalan

PENGENALAN

Pusat Pengurusan Akademik atau dikenali sebagai Akademik UKM, dahulunya dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Akademik merupakan satu bahagian di bawah Jabatan Pendaftar UKM yang menguruskan pengambilan, pendaftaran, peperiksaan dan pengijazahan pelajar peringkat prasiswazah. Mulai 1 Mei 2014, Pusat Pengurusan Akademik telah distruktur semula dengan menggabungkan urusan pengoperasian akademik prasiswazah dan siswazah.

Penstrukturan tadbir urus ini adalah bersesuaian dengan enam (6) bidang Keberhasilan Utama UKM. Urusan operasi yang dilakukan di bawah pusat ini ialah:

a. Kemasukan pelajar
b. Pendaftaran dan penjadualan
c. Peperiksaan dan pengijazahan
d. Pengurusan data dan rekod pelajar
e. Urusan Senat

VISI

Pusat Pengurusan Akademik bertekad menjadi pusat kecemerlangan dalam memberi perkhidmatan akademik UKM yang terkehadapan

MISI

Menjadi Pusat Perkhidmatan berorientasikan kecekapan, ketepatan dan mesra pelanggan

MATLAMAT AKADEMIK UKM

Matlamat AKADEMIK UKM ialah:

a. Menjadikan UKM sebagai pilihan utama calon yang ingin melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah pertama dan lanjutan.
b. Memberi perkhidmatan sokongan pengurusan akademik yang terbaik dan terkehadapan kepada Fakulti/Institut/Pusat dan pelajar.
c. Menjadi pusat rujukan pelaksanaan pengurusan akademik kepada Fakulti/Institut/Pusat dan IPTA lain.
d. Menjadi pusat rujukan dan memberi bimbingan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pengurusan akademik kepada kakitangan pentadbiran dan sokongan.