BENGKEL ‘SCOPING REVIEWS: PUBLISHING IN HIGH IMPACT JOURNALS’

Satu bengkel penerbitan berimpak tinggi iaitu SCOPING REVIEWS: PUBLISHING IN HIGH IMPACT JOURNALS telah diadakan pada 17 Februari 2023 (Jumaat) di Bilik Mesyuarat Pusat Pengajian Citra Universiti UKM. Sesi bengkel ini telah dikendalikan oleh Sarjana Tamu Pusat Pengajian Citra iaitu Prof. Madya Dr. Tan Kim Hua.

Bengkel yang dihadiri oleh pensyarah serta guru bahasa PPCU serta pelajar dan kakitangan dari luar PPCU telah mendedahkan peserta tentang aspek Scoping Review dalam penulisan jurnal berimpak tinggi, serta aspek-aspek lain berkaitan yang perlu diketahui para peserta.