MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN CITRA UKM
TARIKH: 7 Oktober 2022
MASA: 11.00 Pagi – 2.00 Petang
LOKASI: Bangi Golf Resort
KETERANGAN PROGRAM
Pada 7 oktober 2022, Pusat Citra Universiti dengan kerjasama Kelab Kebajikan Citra tetah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Citra Universiti di Bangi Golf Resort. Seramai 70 orang kakitangan citra telah menghadiri majlis ini termasuklah Dekan Pusat Pengajian Citra Universiti. Majlis ini bermula pada pukul 11.00 pagi dan berakhir pada pukul 2.00 petang. Sebanyak 9 anugerah telah disediakan pada hari tersebut antaranya ialah Anugerah Kecemerlangan Penerbitan (Guru), Anugerah Kecemerlangan Penerbitan (Pensyarah). Anugerah Pengajar Cemerlang, Anugerah Kecemerlangan Penyelidikan (Guru),Anugerah Pengajar Cemerlang (Pensyarah), Anugerah Kecemerlangan Penyelidikan (Pensyarah), Anugerah Komitmen Cemerlang (Pelaksana), Anugerah Ikon Pesara Bakti, Anugerah Perkhidmatan Cemerlangseramai 26 orang kakitangan melibatkan pensyarah, guru dan pelaksana telah menerima anugerah tersebut. Sepanjang majlis berlangsung, hadirin turut disajikan dengan persembahan nyanyian oleh wakil pensyarah dan guru bahasa. Majlis juga memberi ruang kepada wakil yang bersara untuk memberi ucapan dan sedikit perkongsiaan selama berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia. Para hadirin turut disajikan dengan makanan tengahari dan cenderamata sebagai tanda terima kasih atas kesudiaan menghadirkan diri ke majlis tersebut. Semoga majlis ini akan menjadi pemangkin bagi menaikkan semangat semua kakitangan citra untuk terus berkhidmat dengan cemerlang.
