KONSERT CITRA SENI UKM 2023

Konsert CITRA SENI UKM 2023 yang telah diadakan pada 28 dan 29 Januari 2023 merupakan satu bentuk penilaian bagi kursus-kursus CITRA di bawah payung kesenian. Sebanyak 35 kursus CITRA terlibat dalam konsert ini.

Sebagai acara penutup, Konsert Gala Citra Seni telah dimeriahkan dengan kehadiran Prof. Madya Dr. Suzeren Md. Jamil, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni serta Prof. Dr. Khairul Anwar Mastor, Dekan Pusat Pengajian Citra, Dr. Ahmad Firdhaus Arham, Timbalan Pengarah (Kepimpinan) HEP dan Encik Mohamed Asrof Semin, Ketua Pentadbiran Pusat Kebudayaan UKM.