PANGGILAN PESERTA – KURSUS PEMBANGUNAN TENAGA PENGAJAR BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ASING

Pusat Pengajian Citra Universiti melalui kursus Bahasa Melayu PPCU akan menganjurkan Kursus Pembangunan Tenaga Pengajar Bahasa Melayu sebagai Bahasa Asing. Kursus ini yang bakal diadakan pada 9 dan 10 Mei 2023 bakal menampilkan pengajar bahasa serta pensyarah UKM yang berpengalaman dalam pengendalian kursus BM sebagai Bahasa Asing iaitu Encik Daing Zairi Ma’arof (PPCU) dan Dr. Junaini Kasdan (ATMA). Mereka juga memegang peranan sebagai Munsyi Dewan. 

Oleh yang demikian, PPCU mempelawa semua pengajar kursus Bahasa Melayu untuk penutur asing dari IPTA dan IPTS serta mereka yang berminat untuk mendaftar.