WAKIL UKM KE PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU MELAYU ANTARABANGSA 2022
MAJLIS : Pertandingan Nyanyian Lagu Melayu Antarabangsa (PALMA) 2022
TARIKH : 30 November 2022
MASA : 8.00 – 11.00 malam
Pertandingan Nyanyian Lagu Melayu Antarabangsa (PALMA) 2022 telah diadakan pada 30 November 2022 (Rabu) pada pukul 8.00 hingga 11.00 malam, bertempat di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Seramai sepuluh orang peserta telah menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini melibatkan beberapa buah Universiti Awam dan Swasta. Kesemua peserta merupakan pelajar antarabangsa di Universiti masing-masing. Peserta perlu menyanyikan lagu dalam bahasa Melayu dengan baik.
Universiti Kebangsaan Malaysia telah menghantar seorang wakil bernama PAN HUI yang berasal dari China. Pelajar yang berada di bawah bimbingan Puan Azilawati Mat Isa ini menyampaikan lagu yang bertajuk Anta Permana yang dipopularkan oleh penyanyi tersohor iaitu Datuk Siti Nurhaliza. Pertandingan nyanyian ini telah dinilai oleh tiga orang juri iaitu Datuk Mokhzani Ismail; Encik Ramlan Mohd Imam dan Dato’ Wan Aishah Wan Ariffin. Peserta dari UKM mendapat hadiah saguhati berupa wang tunai sebanyak RM1000, trofi beserta sijil penyertaan dan hadiah iringan tajaan DBP.
.
