Pusat Pengajian Citra Universiti |  Bijaksana untuk Memperkasa

Program Sarjana Pusat Pengajian Sains Citra Universiti

Sarjana

Sains Citra

Program Sarjana Sains Citra (SSn Citra) melalui mod penyelidikan.

Pendidikan Citra UKM

Pendidikan Dinamik Wadah Penyelidikan

Sederap dengan visi, misi dan matlamat Pendidikan Citra UKM, Pusat Pengajian Citra Universiti beraspirasi melahirkan graduan yang holistik dan mempunyai identiti UKM menerusi pendekatan pembentukan minda dan pembinaan sahsiah. 

Pendidikan Citra UKM berupaya memenuhi tuntutan pasaran dengan membangunkan modal insan yang kreatif, inovatif serta mampu menguasai dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran insaniah bagi mendepani cabaran dan bersaing di dunia sebenar.  

Kedinamikan Pendidikan Citra terus berkembang sehingga Pusat ini berjaya merealisasikan Program Sarjanamuda Sains Citra. Kali ini, Pusat Pengajian Citra Universiti  menawarkan Program Siswazah diperingkat Sarjana sebagai wadah utama dalam bidang penyelidikan ini.

Apa yang kami tawarkan?

Bidang Pengajian & Pengkhususan

TEKNOLOGI

✔Teknologi Disruptif, Peluang dan Pengurusan Risiko (Disruptive Technologies, Opportunities and Risk Management);

✔Data Raya, Peluang dan Keselamatan (Big Data, Opportunities and Security);

✔Kepintaran Kreatif dan Inovasi (Creative Intelligence and Innovation);

✔Rakan Kongsi Manusia Mesin dan Nilai Etika (Human-Machine Partnership and Ethical Values); dan lain-lain

KEMANUSIAN

✔ Etika;

✔Profesionalisme;

✔Pengurusan Manusia dan Rundingan (People Management and Negotiation);

✔Minda, Personaliti dan Pembangunan Karektor (Mind, Personality and Character Development);

✔Pemikiran Kritis, Keusahawanan dan Reka Bentuk (Critical Thinking, Entrepreneurship and Design);

✔Agama dan Kerohanian (spirituality;

✔Kesenian; dan lain-lain

SAINS

✔ Bioteknologi, Etika dan Pengguna
(Biotechnology, Ethics and Consumers);

✔Sains Tauhidik (Tawhidic Science);

✔Kejuruteraan Alam Sekitar (Environmental Engineering); dan lain-lain

SAINS SOSIAL

✔Kemahiran Personal

✔Kepimpinan;

✔Komunikasi Profesional dan Kolaborasi (Professional Communication and Collaboration);

✔Budaya dan Transformasi Digital;;

✔Pengurusan Perubahan (Digital Culture and Transformation, and Change Management); dan lain-lain

Syarat Kemasukan

Sarjana Persuratan

Sarjana Muda Diiktiraf

Mempunyai Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dalam bidang yang berkaitan dengan program yang dipohon dengan mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 2.75 atau kelulusan yang setaraf dengannya; atau

Sarjana Muda + 1 Tahun Pengalaman Kerja

Mempunyai Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia, dalam bidang yang berkaitan dengan memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 2.50 dan mempunyai sekurang-kurangnya setahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan; atau

Sarjana Muda + 5 Tahun Pengalaman Kerja

Mempunyai Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia, dalam bidang yang berkaitan dengan memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 2.00 dan mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan dan penilaian dalaman yang rapi (MDD 2021); atau

Syarat Bahasa

Calon antarabangsa

Keperluan Bahasa Inggeris

✔ Lulus TOEFL (minimum 550); atau
✔ Lulus IELTS (minimum band 5); atau
✔ Lulus MUET (minimum band 4)

Antarabangsa Khas

Bagi calon Pelajar antarabangsa yang dipertimbangkan secara tawaran bersyarat Kerana tidak memenuhi syarat kompetensi bahasa Inggeris hendaklah mengikuti Kursus Persediaan Bahasa Inggeris peringkat dalaman dan perlu menduduki peperiksaan MUET atau mana-mana peperiksaan yang telah dijajarkan kepada The Common European Framewoerk of Reference (CEFR)

Tempoh & Yuran Pengajian

Mod sepenuh masa & Separuh Masa

SEPENUH MASA

4 Semester
0 Tahun

Maksimum 3 Tahun (6 Semester)

SEPARUH MASA

6 SEMESTER
0 Tahun

Maksimum 4 Tahun (8 Semester)

Permohonan Kemasukan

Permohonan dibuka sepanjang tahun dan boleh dibuat secara atas talian. Kami mempelawa permohonan untuk mengikut program ijazah Sarjana Sains CITRA. Permohonan boleh dibuat melalui sistem Join UKM (https://join.ukm.my). Sistem permohonan ini adalah ditadbir oleh Pusat Pengurusan Akademik (PPA) dan laman sesawang mereka ialah (www.ukm.my/akademik)

UKM menawarkan skim bantuan kewangan dalam bentuk Zamalah dan ianya terhad kepada pelajar yang layak sahaja. Permohonan skim Zamalah boleh dimohon secara terus ke Pusat Siswazah UKM.

Pertanyaan & Maklumat Lanjut?

Sila ajukan pertanyaan anda disini.

Prof. Madya Dr. Nazri Muslim

Timbalan Dekan Penyelidikan & Jaringan
Program Siswazah (CITRA UKM)

Tel: +603-8921 6891

Email: nazrim@ukm.edu.my

Dr. Lim Kar Keng

Ketua Program Siswazah
Program Siswazah (CITRA UKM)

Tel: +603-8921 6904

Email: kk@ukm.edu.my

Pn. Sufeera Rahmad

Penolong Pendaftar
Program Siswazah (CITRA UKM)

Tel: +603-8921 6890

Email: sufeera@ukm.edu.my