Search
Close this search box.

Program Pra-Universiti

ASASIpintar

Program ASASIpintar UKM adalah program pra-universiti yang dikendalikan oleh Pusat GENIUS@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia. Program ini adalah untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang mempunyai pencapaian akademik yang baik, potensi intelek yang tinggi dan berbakat.  Pelajar lepasan Program ASASIpintar UKM akan melanjutkan pengajian bagi peringkat Sarjanamuda di Universiti Awam di Malaysia dalam pelbagai bidang pengajian mengikut hasil pencapaian keputusan peperiksaan mereka dan juga keputusan temuduga fakulti. Dua laluan permohonan ke peringkat Sarjanamuda boleh dilakukan oleh pelajar bermula tahun 2021, iaitu laluan permohonan ke fakulti UKM (kecuali Fakulti Pengajian Islam) dan laluan permohonan UPU online. Keputusan penerimaan permohonan pelajar adalah bergantung sepenuhnya kepada keputusan fakulti-fakulti yang dipohon.

Program ASASIpintar UKM menekankan kepada perkembangan pelajar yang holistik bagi memastikan kesemua aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial pelajar dapat dipertingkatkan. Program ini menawarkan kurikulum yang menekankan kepada gabungan teori dan amalan serta kursus penyelidikan yang dapat memantapkan kebolehan mereka menjalankan pelbagai penyelidikan dalam bidang yang diminati. Pembudayaan ilmu yang mencabar serta inovasi terkini menjadi tunggak kepada program ASASIpintar.

Matlamat Program ASASIpintar UKM

1

Menyediakan pengalaman awal bagi pelajar ASASIpintar UKM untuk belajar di institusi pengajian tinggi sekaligus mendahului penguasaan bidang berbanding pelajar lain.

2

Untuk membangunkan generasi pelajar pintar berbakat yang dapat membudayakan inovasi, rekacipta dan memiliki kemahiran melakukan penyelidikan.

3

Mempunyai daya kepimpinan yang tinggi, bertanggungjawab dan mampu membuat keputusan yang berkesan berteraskan nilai-nilai baik dan beretika.

4

Meningkatkan kompetensi insaniah pelajar secara holistik dan dapat memberi sumbangan kepada negara di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Pelajar ASASIpintar UKM akan melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di salah satu fakulti di UKM. Pelajar boleh membuat sehingga enam pilihan kursus yang diingini. Pihak fakulti akan melakukan pemilihan pelajar berdasarkan syarat yang ditetapkan oleh fakulti seperti Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA), temu duga (bersemuka atau jenis temu duga yang lain) dan syarat-syarat lain. Perubahan adalah bergantung kepada keadaan semasa.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

Waktu Operasi
Isnin  – Khamis
8.00am – 1.00pm
2.00pm – 5.00pm

Jumaat
8.00am – 12.15pm
2.45pm – 5.00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum – TUTUP

Ketua Program ASASIpintar
Pusat GENIUS@Pintar Negara,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi Selangor
Malaysia

Tel: +603 89217505 / 7513 / 7515 / 7517 / 7518
Faks: +603 89217525
Laman Web:http://www.ukm.my/geniuspintar/
Emel: asasipintar@ukm.edu.my

Like & follow ASASIpintar Social Media