Kampus UKM
UKM mempunyai tiga buah kampus di Malaysia. Kampus induk terletak di Bangi, Selangor. Kampus induk menempatkan 8 fakulti dan selebihnya di dua lagi Kampus UKM yang terletak di Kuala Lumpur dan Jalan Raja Muda Abdul Aziz.
Bangi
Kampus utama UKM terletak di Bangi. Keindahan kampus ini yang berlatar belakangkan kehijauan dan bangunan bata merah akan menyambut anda semua semasa mendaftar di kampus. Kampus ini terletak 45 minit dari lapangan terbang antarabangsa KLIA dan dapat diakses melalui jalan raya dan pengangkutan kereta api.
Bandar Bangi dilengkapi dengan pusat membeli-belah, deretan kedai makan, pusat sukan, panggung wayang, boling, hospital, dan sistem pengangkutan awam yang baik bagi melengkapi keperluan kehidupan anda. Bangi meriah pada siang hari dan tenang pada waktu malam dan ianya satu persekitaran yang ideal dan baik untuk pembelajaran anda di UKM.
Cheras
Kampus kedua terletak di Cheras. Di sini terdapat Fakulti Perubatan dan dan Hospital Pengajar milik UKM iaitu Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM). Selain itu, di Cheras ini juga terdapat Institut Perubatan Biologi Molekul (UMBI) UKM. Institut ini merupakan biobank terbesar di Asia Tenggara yang menyimpan berjuta-juta spesimen darah dan urin untuk kajian penyelidikan.
Jalan Raja Muda Abd Aziz
UKM juga mempunyai kampus di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur dengan keluasan 20 hektar yang menempatkan Fakulti Sains Kesihatan, Fakulti Pergigian, Fakulti Farmasi dan Pusat Telinga, Pendengaran dan Pertuturan (I-HEARS). Sebilangan besar pelajar dari fakulti ini menginap di kolej kediaman – Kolej Tun Syed Nasir.
Kampus Pesisir
Doha, Qatar
UKM Qatar currently offers academic programmes at the bachelor’s level in fields such as accounting, information technology, software engineering, computer science, and actuarial science. Plans are in place to expand the range of programmes to include additional disciplines in the near future.
The campus is equipped with state-of-the-art facilities, including an activity centre that oversees a variety of sports programmes and a cultural centre responsible for organizing and promoting arts and cultural events. Additionally, the campus provides arts management advisory services to support and guide the Arts Secretariat in planning and executing creative initiatives.
Jakarta, Indonesia
The Jakarta campus offers a wide range of high-quality academic programmes in collaboration with eight other Malaysian educational institutions, catering to students in Indonesia and the broader region. The programmes include bachelor’s and master’s degrees, professional certifications, micro-credentials, and student mobility programmes. Areas of study include fields such as information technology, law, engineering, education, medicine, and pharmacy. These programmes are designed to meet current market demands while also strengthening research capabilities for the future.
Peta Kampus
Ketahui jalan anda di sekitar kampus sebelum anda tiba di sini pada hari pertama. Alumni dan pelawat yang ingin mengimbau nostalgia, atau yang kembali untuk minggu alumni atau acara khas, anda boleh menemukan utiliti hebat menerusi peta kampus
Hospital
UKM mempunyai 2 buah hospital yang terletak di Kampus Kuala Lumpur iaitu Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dan Hospital Pakar Kanak-Kanak yang terletak bersebelahan dengan HCTM.
Makmal Alami
Makmal Alami adalah pusat pembelajaran dan penyelidikan satelit UKM, Ianya terletak di lokasi yang strategik iaitu di Tasik Chini, Fraser’s Hill, dan Lata Jarum di Pahang; Mersing dan Sungai Pulai di Johor; Langkawi UNESCO Global Geopark di Kedah; dan Hutan Simpan Kekal UKM Bangi di kampus.
Makmal Alami ini terbuka untuk lawatan pengunjung yang melihat usaha pemuliharaan alam sekitar, tumbuh-tumbuhan dan haiwan oleh saintis dan penyelidik UKM.
Perpustakaan
Perpustakaan UKM terdiri daripada Perpustakaan Tun Seri Lanang sebagai perpustakaan utama dan mempunyai enam (6) cawangan lain; Perpustakaan Undang-Undang, Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu, Perpustakaan Linkungan Kedua (Bangi), Perpustakaan Dr. Abdul Latiff (Kampus Kuala Lumpur), Perpustakaan Hospital Canselor Tuanku Muhriz dan Perpustakaan Praklinikal (Kampus Cheras).
Tempat Menarik
UKM mempunyai banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati oleh pengunjung dan ibu bapa semasa melawat anak mereka di UKM. Antaranya seperti Muzium Haiwan, Taman Paku Pakis, Makmal Coklat dan banyak lagi. Jom datang melawat UKM sambil mempelajari asal usul UKM sebagai sebuah universiti yang terbina hasil daripada idea rakyat yang menginginkan sebuah universiti kebangsaan.
