Maklumat Penting Kepada Graduan Majlis Konvokesyen UKM Bagi Tahun 2015
Semua graduan diminta untuk membuat semakan status hutang masing-masing melalui Portal E-Kewangan https://ekew.ukm.my/efast. Graduan hendaklah memastikan semua hutang tertunggak seperti yuran pengajian, yuran penginapan dan sebarang denda seperti denda perpustakaan dan saman trafik hendaklah dijelaskan sebelum mengambil jubah bagi mengelakkan sebarang masalah semasa menghadiri majlis konvokesyen. Sila rujuk pautan http://www.ukm.my/konvo untuk makluman selanjutnya.
Hutang hendaklah dijelaskan sebelum tarikh peminjaman jubah selewat-lewatnya pada atau sebelum 20 Oktober 2015.