[23/11/2018] KWSP online (e-Pengeluaran)

Saudara/i,

Makluman Penting:

  • Dimaklumkan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mewajibkan penghantaran permohonan Pengeluaran Pendidikan melalui e-Pengeluaran bermula pada 26 November 2018.

  • Pengeluaran pendidikan KWSP membenarkan ahli membiayai yuran pengajian ahli/ anak ahli di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) atau mengurangkan/menyelesaikan baki Pinjaman ahli/anak ahli dengan Institusi Pemberi Pinjaman (IPP).

  • Pelaksanaan penghantaran melalui e-Pengeluaran adalah selaras dengan hasrat Kerajaan dalam menggalakkan penyampaian perkhidmatan secara elektronik di dalam perkhidmatan sektor awam dan swasta.

  • Dengan perlaksanaan inisiatif ini, KWSP tidak menerima penghantaran permohonan pengeluaran pendidikan melalui kaunter.
  • Dilampirkan maklumat lanjut berkaitan e-pengeluaran KWSP untuk tindakan selanjutnya.

 

Terima Kasih.