Makluman Gangguan Capaian Terhadap Keseluruhan Perkhidmatan ICT dan Sistem Maklumat Universiti (SMU)
Dimaklumkan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan terhadap bekalan kuasa letrik di Pusat Data PTM terpaksa dilakukan bagi memberi laluan kepada penggantian UPS yang baharu. Sehubungan itu, akan berlaku gangguan capaian terhadap seluruh Sistem Maklumat Universiti termasuk capaian ke internet serta sistem-sistem lain yang ditempatkan di Pusat Data, PTM dalam tempoh seperti berikut:
Tarikh : 22 Oktober 2016 (Sabtu) – 23 Oktober 2016 (Ahad)
Masa : 10.00 pagi (22 Oktober 2016) – 4.00 petang (23 Oktober 2016)
Sehubungan itu, semua pelajar diingatkan supaya membuat pendaftaran kursus sebelum 22/10/2016 dan membawa slip pendaftaran kursus bagi pengambilan buku (prasiswazah berkenaan sahaja).Sebarang urusan pembayaran yuran juga tidak dapat dilakukan.
PKP mohon maaf atas sebarang kesulitan. Harap maklum.